Komunikasi : Saya tak pandai bercakap !
Pandai bercakap ini bukan disebabkan mereka lahir sahaja terus pandai berkata-kata.
.
Kebanyakkannya disebabkan ulang dan ulang banyak kali. Ada di antara mereka dari sekolah rendah sudah asah bakat. Dan ada juga yang di peringkat universiti baru untuk berjinak-jinak. Dan.. ada juga yang baru mahu mencuba dan berlatih di era pekerjaan.
.
Tiada apa yang ingin dimalukan, janji anda mahu berlatih untuk pandai bercakap. Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain. Mereka laju mungkin mereka sudah lama bermula.
.
Kita ini baru sahaja usaha untuk bangun, takkan kita nak terus berlarikan? Tidak mengapa, Orang muda sekarang cakap apa? “Kayuh pelan-pelan”.
.
Yang penting bukannya bagaimana kita bermula, tetapi bagaimana pengakhiran itu berakhir.
.
Ingat ! Belakang parang pun jika diasah nescaya tajam !