Komunikasi : Terpaku saya melihat dia bercakap !
Mesti ada dikalangan kita mereka yang petah betul berbicara, kalau mereke berbicara, habis kita terpaku dengan kata-kata mereka.
Nak tahu macam mana mereka boleh bijak berbicara ? Nak tahu rahsianya ?
Bercakap ini sebenarnya memerlukan kemahiran dan keyakinan yang tinggi barulah kita boleh memaku penonton kita.
Tetapi ada yang cakap, “saya ni tak yakinlah, macam mana saya nak bercakap depan orang”. Haaa… ini sebenarnya perkara biasa. Mereka yang pandai bercakap sekarang ini pun bukannya asal yakin bercakap depan orang, tapi mereka usaha usaha dan usaha sampai mereka mahir dan berani.
Jadi cara PERTAMA untuk kita yakin berbicara ialah berlatih. dengan berlatih secara asasnya kita dapat memperbaiki percakapan kita satu demi satu. Kita juga dapat tambah keyakinan kita bercakap bila kita berlatih, berlatih dan terus berlatih.
Yang KEDUA pula ialah, untuk memukau penonton kita, kita perlu menggunkan intonasi yang menarik. Dengan intonasi yang pelbagai penonton akan lebih tertarik dengan persembahan kita. Sebagai contoh kita boleh menggunakan bahasa asing seperti bahasa jepun di beberapa perkataan kita.
Teknik yang KETIGA pula ialah kita perlu menggunakan gerak gaya yang professional. Gerakan bahasa badan mempengaruhi 55% daripada aspek yang lain. Oleh itu gayakan pergerakan kita dengan professional agar penonton lebih tertarik dengan pengucapan ataupun bicara kita.
Sebenarnya kita juga boleh petah berkata-kata, cuam kita memerlukan masa untuk berlatih dan pandai bercakap seperti mereka yang petah berkata-kata juga. Anda Bijak Berbicara!