Coaching

cropped-BS-Hitam-1.png

Badrul Sani International’s Training & Coaching program is a proven professional development program that delivers bottom-line results to business leaders, teachers, students, networkers, preachers  and government officers. Learn more today.


ONLINE COACHING
TALK LIKE A C.E.O.

Direka khas untuk membimbing anda secara personal di atas talian.
Program ini sangat membantu founder, CEO, leader dan usahawan yang menitikberatkan soal personal branding, marketing dan sales.

Memfokuskan kepada kelemahan yang perlu anda atasi. Memaksimakan kekuatan yang anda miliki. Program ini memang sangat ‘customized’ dan ini menjadikan ia sangat berimpak tinggi. InsyaAllah.

Bersempena PKP ini, promosi pakej LUAR BIASA sedang berjalan.
Pastikan anda hubungi kami untuk pendaftaran. Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.


WEBINAR
TALK LIKE A C.E.O.

Bermula rancak sejak PKP dikuatkuasakan, program Webinar Talk Like A CEO ini merupakan jelmaan program asalnya iaitu Seminar Talk Like A CEO. Cuma kali ini ia dalam bentuk dalam talian (online).

Program ini memfokuskan kepada transformasi peserta dalam bidang komunikasi, presentation skills & training skills.

Bagaimana mahu berdepan dengan kamera sambil ditemani keyakinan diri dan keberanian berbicara.

Bagaimana mahu tampil cemerlang ketika menja lani FB LIVE, IG LIVE, YOUTUBE LIVE atau LIVE MEETING seperti ZOOM.

Bagaimana ingin menyampaikan mesej secara efektif dan komunikasi berimpak tinggi sedangkan jasad berjauhan.

Semua ini akan dibimbing secara FB LIVE bersama Tn Hj Badrul Sani sendiri! Klik sini


ONLINE COACHING FOR GROUP
TALK LIKE A C.E.O.

Intipati yang sama seperti Online Personal Coaching Talk Like A C.E.O., program ini melibatkan lebih daripada seorang peserta. Belajar secara berkumpulan sambil beraktiviti sesama peserta, program ini dapat membantu pasukan anda melonjakkan potensi, meningkatkan prestasi dan melipatkali gandakan produktiviti. InsyaAllah.

Sangat sesuai untuk organisasi yang sedang giat melahirkan pemimpin-pemimpin baru. Pemimpin yang bukan sekadar pandai mengurus di atas kertas atau skrin. Namun mampu untuk berkomunikasi dengan bijak, memberi arahan yang berpengaruh dan menginspirasi anak-anak buahnya!

Anda mungkin sudah hebat berbicara. Namun bayangkan jika anda dan pasukan anda, sama-sama dapat berjuang dengan kuasa bicara yang sama!

WEBINAR TEACH TO THE MAX

Guru-guru dan para pensyarah serta semua golongan yang bergelar pendidik kini menghadapi cabaran dalam memastikan kaedah pembelajaran dalam talian sentiasa berkesan dan mengesan jiwa anak-anak didik mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada pelajar yang memang tidak dapat dibantu kerana sikap yang acuh tak acuh. Namun ada juga faktor lain seperti guru sendiri melakukan kesilapan-kesilapan kecil yang membawa kepada kesan buruk yang besar.

Maka TEACH TO THE MAX adalah medan untuk berkongsi teknik mengajar online dan mendedahkan 5 kesilapan popular yang sering dilakukan oleh pendidik dalam ONLINE TEACHING/ONLINE TRAINING mereka. Alhamdulillah, ia sangat-sangat membantu!


ONLINE SEMINAR
Mengaum Bak Wira

Dikawal pergerakan untuk duduk di rumah bukan tiket untuk menghentikan pembangunan organisasi dan perjuangan anda. Mengaum Bak Wira kini dilaksanakan juga menerusi online.

Dan alhamdulillah, impaknya tetap menjunam ke lubuk hati untuk sama-sama BANGKIT dan MEMBANGKITKAN! Menjadi lebih cemerlang bukan sahaja dalam komunikasi malah pembangunann potensi diri menjadi lebih berkualiti.

MENGAUM BAK WIRA adalah solusi untuk pasukan usahawan, organisasi kerajaan, barisan pendidik dan sesiapa sahaja yang mahu menjadi jauh lebih baik daripada dirinya yang dulu. InsyaAllah.


PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH HANYA AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS ISU COVID-19 SELESAI. INSYA-ALLAH.

FINAL LOGO JPEG

Talk Like A CEO (dulu dikenali sebagai BIJAK BERBICARA) merupakan sentuhan Badrul Sani International yang cukup popular dan telah memberi impak besar kepada ribuan insan di seluruh Malaysia. Membuka seluas-luasnya peluang kepada sesiapa sahaja daripada pelbagai latar belakang, Talk Like A CEO membantu anda menguasai keyakinan diri berpandukan langkah-langkah praktikal yang terbukti berkesan!

Peserta sendiri terkejut dengan perubahan yang mereka alami meskipun hanya berprogram selama sehari!

Antara peserta yang hadir adalah CEO, pendidik, pensyarah, usahawan, ejen takaful, konsultan unit amanah, pegawai pemasaran, pegawai perhubungan dan penuntut universiti.

===========================

MBW

MENGAUM BAK WIRA. Program luar biasa yang kini semakin mendapat tempat di hati organisasi-organisasi besar yang mahukan lonjakan kemajuan! Kemajuan motivasi dan kemajuan keuntungan jualan serta pemasaran.

Ya, program MBW (Mengaum Bak Wira) adalah program yang memfokuskan kepada ahli organisasi yang mahukan peningkatan dari sudut komunikasi, negosiasi dan presentasi. Dan yang paling penting, ia bukan sekadar teori. Formula yang dikongsi bukan retorik tetapi mudah dipraktik!

Syarikat-syarikat besar dan sederhana sudah mula menjadikan program ini sebagai acara wajib untuk setiap ejen mereka. Mungkin organisasi anda adalah yang seterusnya?

Kerana Mengaum Bak Wira turut disulami dengan mesej-mesej penting syarikat / organisasi yang bakal dibenam di dalam minda sedar dan separa sedar peserta!

===========================

PROGRAM-PROGRAM DI PERINGKAT SEKOLAH DAN UNIVERSITI :

Tuan Haji Badrul Sani juga lebih rapat dikenali sebagai Abg Badr di kalangan peserta-peserta sekolah rendah, menengah dan universiti.

Untuk peringkat ini, ABG BADR sering muncul meletuskan potensi pelajar-pelajar ini menerusi program :

  1. SEMINAR BIJAK BERBICARA
  2. SEMINAR BRILLIANT STUDENTS
  3. SEMINAR BRILLIANT PARENTS
  4. SEMINAR KEPIMPINAN E.L.I.T.
  5. SEMINAR LADAP

 

Hubungi Kami Untuk Tempahan & Maklumat Lanjut
Klik Sini