Inspirasi : | HARGAI KELUARGA KITA |
Si suami adalah ketua keluarga. Suami bertanggungjawab atas segala kebajikan ke atas keluarganya.
.
Dan ya, suami kebiasaannya bekerja siang dan malam semata-mata ingin memberi nafkah yang terbaik buat keluarganya.
.
Tetapi jangan lupa, isteri juga bekerja. Sama juga macam kita para suami. Dari pagi hingga ke malam. Sama-sama penat.
.
Dan atas kepenatan kita bekerja seharian ini tidak bermakna kita dapat “tiket” untuk kita mementingkan diri kita. Kita tidak bermain bersama anak-anak. Bila di ajak bermain alasan kalian sentiasa “PENAT”.
.
Bila si isteri meminta tolong buat kerja rumah, si suami tidak mahu menghulurkan bantuan.
.
Ketika si suami meminta bantuan isteri, disuruhnya buat sendiri atas darat yang sama iaitu penat bekerja.
.
Ingat.. Hari demi hari meninggalkan kita. Anak-anak kita makin meningkat dewasa. Pasangan kita juga ada had kesabaran mereka.
.
Hargailah mereka, selagi mereka masih ada, hargai mereka. Bantu pasanganmu dalam urusan keluarga kalian. Luangkan masa bersama anak-anak kalian.
.
Jangan sampai masa mereka sudah tidak ambil peduli tentang kita seperti mana yang kita lakukan kepada mereka.