Inspirasi : Salah ke belikan anak mainan?!

TAK SALAH PUN TAPI…

“Daddy, tolong tangkap gambar.” Raihana pujuk dengan sweet dan cute. Dia pegang beg comel bentuk kucing. Kecik ada. Beg galas pun ada.
.
.
“OK!” aku jawab ringkas dan riang. Ye lah, setakat tangkap gambar, apadehal.
.
.
“Nanti birthday, Raihana nak hadiah ni boleh?” kali ini pujukan di’sweet’kan lagi dua kali lipat.
.
.
“InsyaAllah.” aku juga senyum sweet. Dan ini menjawab dari mana datangnya kecomelan anak-anak ini. Haha… Mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah… Hehe.
.
Kemudian kami satu keluarga keluar dari kedai tersebut. Tiada tangisan, rajukan atau tak puas hati dari anak-anak walau tak dapat apa-apa.
.
.
.
.
Begitulah kami. Walaupun belum lagi jutawan, tapi kami bahagia. Walaupun ada je duit lebih untuk beli mainan, tapi kami tidak jadikan rutin untuk beli apa sahaja yang diminta.
.
.
Tak salah bagi hadiah untuk anak. Pahala dapat. InsyaAllah berganda rezeki.
.
.
Cuma tindakan segelintir (sebenarnya ramai) parents yang bagi, bagi dan bagi apa saja yang anak-anak mahu, SANGAT BAHAYA untuk anak dan parents itu sendiri.
.
.
Aku faham yang ibu bapa hari ni beli itu dan ini untuk MENEBUS MASA mereka yang mengalir ke channel kesibukan yang lain. Tapi tindakan ini juga MENEBUK LUBANG MASALAH yang baru dalam bahtera keluarga.
.
.
💙 KESAN BURUK 1 : KITA RASA JUSTIFIED UNTUK TERUS SIBUK DAN TAK PEDULIKAN ANAK (sedangkan LOVE is spelled as T. I. M. E.)
.
.
Ini bahaya. Semakin kita kurang masa berkualiti dengan anak, semakin rosak kualiti hubungan dengan anak. End up, kita akan hairan kenapa anak kita semakin lain macam personalitinya. Macam tak pernah kenal.

.
.
💙 KESAN BURUK 2 : ANAK MULA RASA MATERIAL LEBIH PENTING DAN KEMUDIAN MULA MEMENTINGKAN MATERIAL (dua masalah berbeza ni!)
.
.
Silap hari bulan, dia akan nampak ayah dan mak yang sibuk itu sekadar punca untuk dia dapat mainan, hadiah dan games. Dan kegirangan hidupnya akan diletakkan kepada material.
.
Dan sampai satu masa, dia boring dengan material, dia akan cari manusia lain. Risau tersalah manusia yang dirujuk!
.
.

💙KESAN BURUK 3 : LEPAS NI LAGI SUSAH NAK BAGI HADIAH ISTIMEWA SEBAB DAH SELALU DAPAT BANYAK BENDA. (jenuh nak cekau duit dan cari yang betul-betul rare!)
.
.
Percayalah, ini keluhan parents kepada kami di AMPAC, since dah banyak sangat hadiah dok bagi, bila sampai event istimewa dalam hidup, tersangatlah susah nak bagi hadiah.
.
Semua dah jadi biasa. Kecik hati parents bila bagi hadiah dan anak sekadar jeling sambil cakap, ‘laa… Ini je?’
.
.

💙 KESAN BURUK 4 : ANAK TAK BELAJAR ‘DELAYED GRATIFICATION’ (jangan terkejut betapa tidak sabarnya mereka mengurus hidup satu hari nanti)
.
.
Dengan kata lain, anak dilatih untuk TIDAK SABAR. Sedangkan kajian menunjukkan, kanak-kanak yang pada usia kecilnya sabar dan boleh menangguh keseronokan, akan lebih berjaya dalam hidup.
.
Dan tindakan kita pula sedang menjadikan anak semakin susah untuk berjaya pada masa mendatang!
.
.

💙 KESAN BURUK 5 : KASIH SAYANG ANAK BERKURANGAN APABILA TIBA SAAT KITA KURANG MEMBERI BARANG MAINAN. (takut nanti time kita terpaksa berjimat, kasih sayang dari anak pun diorang catu.)
.
.
Kita tak mintak. Namun seandainya keadaan ekonomi keluarga tenat, kita tak dapat beli apa yang anak rengekkan, secara automatik si anak semakin jauh kasih dan kian pudar sayangnya kepada kita.
.
Time tu kita akan rasa betapa materialistiknya anak! Dan time tu kita lupa yang kitalah yang ‘mematerialistikkan’ anak!

Ok. Sekian.

❤️ Harap kita boleh BANGKIT DAN MEMBANGKITKAN potensi kita sebagai ibu bapa hebat dan anak-anak sebagai bakal khalifah yang hebat!

71510009_401718153731800_2434654391295279104_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *