Komunikasi : 3 Perkara asas yang kita terlepas pandang tentang cara komunikasi yang berkesan!

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua.

Komunikasi adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan harian kita dari kita kecil sehingga dewasa.

Seperti kita tahu pada zaman sekarang skill komunikasi ini sangat penting kerana siapa yang petah berbicara pasti suara mereka yang akan didengari sedangkan idea yang mereka lontarkan itu adalah idea yang biasa-biasa sahaja.

Maka orang sekarang makin jelas skill komunikasi ini sangat penting dan mereka belajar bagaimana untuk membuat penyampaian yang lebih baik.

Meraka berlatih hari demi hari untuk memastikan mereka dapat melakukan perubahan sedikit demi sedikit ketika memberi ucapan ataupun penyampaian.

Tetapi tanpa mereka sedari mereka telah terlepas pandang tentang perkara yang lebih penting dalam komunikasi.

Jadi disini saya sharekan 3 perkara asas yang orang ramai terlepas pandang dalam komunikasi.

 

1.Penampilan yang menarik.

Ini adalah benda yang selalu orang ambil ringin. Mereka beranggapan bahawa penampilan hanyalah bonus. Tidak! Tanggapan itu adalah salah sama sekali. Penampilan sangat penting untuk kita tambah keyakinan kita untuk kita berbicara dihadapan khalayak malah orang yang mendengar ucapan kita juga lebih yakin dan akan tertarik dengan apa yang ingin kita sampaikan.

 

2.Vokal yang baik.

Ya! Vokal adalah “Ibu” kepada komunikasi yang berkesan kerana kita memperlu vokal yang baik untuk membuat penyampaian yang efektif. Ya la kalau kita bercakap orang lain tidak dapat mendengar dengan jelas, isi kita power kelangit pun belum tentu orang akan dengari.

 

3.”Practice make perfect”

Haaa.. yang ni kita selalu dengarkan. Semamangnya ini sangat penting dalam skill komunikasi yang efektif. Bila kita berlatih, kita dapat lihat kekurangan dalam pertuturan kita, kita dapat selitkan isi yang menarik dan kita lebih yakin jika kita sudah berlatih berkali-kali.

 

Baiklah! Ini adalah 3 tips untuk Tuan/Puan praktikkan untuk pastikan komunikasi kita semakin bertambah padu dan bermutu!

 

Selamat mencuba!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *