Inspirasi : Anak Menyibuk !
“Please, jangan kacau ayah. Ayah tengah buat kerja!”
.
.
“Mama tengah work. Tak nak bising kat sini.”
.
.
Anak suka mengacau.
Buat bising.
Tanya itu tanya ini.
Melompat situ, berlari sini.
Tak habis-habis buat mak dan ayah tak senang duduk.
Nak rehat pun tak boleh.
.
.
Sahabat-sahabat saya sekalian.
.
Jangan kita termasuk dalam jerat dunia.
.
.
Ya, anak kita mungkin mengganggu kita buat kerja. Tapi mohon jangan dilupa prinsip ini.
.
.
ANAK ITU HADIAH. ANAK ITU ASBAB REZEKI TURUN MENCURAH.
.
.
Usahlah diherdik anak yang dahagakan perhatian ibunya hanya kerana kita sibuk melayan handphone.
.
.
Janganlah ditayang muka bengis dan diperdengarkan dengus kepada anak yang rindukan perbualan dengan ayahnya.
.
.
Elakkan daripada menampakkan yang perhatian anda lebih kepada kerja anda berbanding si anak.
.
.
Sahabat-sahabat sekalian, hidup kita hari ini bahagia dengan rezeki yang mencurah-curah mungkin kerana si anak itu.
.
Ya, mungkin rezeki anak yang kita sedang tumpang sekarang ini. Bukan sebab kita ini terlalu bekerja keras siang malam dan hebat strategi itu, cemerlang strategi ini.
.
.
Jadi berlaku adil lah dengan anak. Pandang mereka sebagai hadiah dari Ilahi bukannya masalah duniawi, perosak emosi.
.
.
Jika anda sibuk, anak datang ‘mengganggu’, lakukanlah 3 tips ini :
.
❤️PERTAMA : Pandang wajah anak dan berhenti seketika memikirkan hal kerja.
.
Lihat dengan pandangan kasih sayang. Pandangan yang lembut dan jiwa yang merindui.
.
Lihat wajahnya seperti mana anda lihat bulan purnama yang bercahaya. Lihat senyumannya seperti mana anda satu ketika dahulu tersenyum menyambut kelahirannya!
.
.
❤️KEDUA : Senyum walau terpaksa. Lebarkan senyuman itu. Angkat sedikit kening tanda anda teruja dengan kehadirannya.
.
Ya, paksa diri jika tak mampu. Berlakon jika perlu. Buat sehabis baik.
.
.
❤️KETIGA : Dengar terlebih dahulu apa yang si anak cuba ingin sampaikan. Listen not hear. Dekatkan telinga anda kepadanya, condongkan sedikit badan anda ke hadapan dan maintain eye contact.
.
Sambil mendengar, angguk-anggukkan kepala anda tanda anda mendengar. .
.
.
Selesai anda lakukan ini, barulah anda maklumkan kepada anak, apa yang anda sedang lakukan. Jika anda perlukan privacy, beritahu elok-elok. Malah, minta anak anda itu doakan yang anda dapat siapkan tugas anda dengan baik.
.
Minta dia tadah tangan, minta dia lafazkan doa kuat-kuat, dan kemudian peluk dia erat-erat.
.
.
Bukankah dia sumber rezeki mu?
Bukankah dia hadiah daripada Tuhanmu?
Bukankah dia penyeri hidup, pengarang jantung mu?
.
.
Akhirnya, kedatangannya yang asalnya ‘mengganggu’ kini menjadi detik menjemput keberkatan yang membangkitkan semangat anda berjuang.
.
.
Rupa-rupanya si anak ini diutus untuk membahagiakan dirimu yang sibuk dengan hal dunia.
.
Rupa-rupanya anak ini hadir untuk mengingatkan dirimu bahawa Allah itu ada, kenapa tidak mengadu kesibukanmu dan masalahmu itu kepada-Nya?
.
.
.
Anak bukan pengganggu.
Mungkin anda yang perlu DIBANTU.