Inspirasi : BENDA BAIK SAYA BUAT, BENDA TAK BAIK PUN SAYA BUAT!

[ BENDA BAIK SAYA BUAT, BENDA TAK BAIK PUN SAYA BUAT! ]

Dalam sesi coaching TO THE MAX aku sebelum ni, ada yang bertanya,

“Abg Badr, saya berjaya buat benda baik dalam hidup. Tapi benda tak baik ni pun terus saya buat tanpa henti.”

Ada dua isu di sini. Perlu dipisahkan.

Pertama, si lelaki berambut kerinting berjiwa kental ini berjaya melakukan kebaikan. Harus diberi pujian.
.
Kedua, dia juga masih melakukan perkara yang tidak baik. Harus dibantu.

.
Aku bersuara dengan nada rendah macam Jamal Abdillah, “macam mana boleh buat benda-benda baik ni tanpa gagal?”

.
“Saya buat yang Abg Badr pernah ajar dulu, TO DO LIST.” bercahaya wajahnya.

.
Aku angguk tersenyum. Bukan bangga. Tapi syukur sebab ada juga orang dapat manfaat daripada perkongsianku.

.
Aku rapatkan kerusi dan terus berkata, “untuk stop buat benda tak elok, buat NOT TO DO LIST. Senaraikan apa tabiat buruk kita yang kita mahu tinggalkan.”

.
.
.
.
.
.
Suasana jadi terdiam seketika. Eureka.
.
.
.
.
.
Saya sambung, “senarai itu umpama ikrar untuk kita memerangi tabiat tersebut. Contohnya, kita suka minum air manis bergula. Tulis dalam NOT TO DO LIST.
.
.
InsyaAllah jiwa dan minda akan terarah untuk menjauhinya.”

.
Tak percaya? Cubalah!

#CoachingToTheMax
#BadrulSaniInternational

68570232_10157254950248267_1472299202632482816_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *