Inspirasi : Cara nak menghasilkan IDEA Kreatif !
Ada beberapa tip untuk menghasilkan idea yang baik. Saya akan kongsikan tiga tip-tip untuk anda menghasilkan idea yg lebih kreatif.
.
Salah satu caranya adalah pergi keluar melihat alam ciptaan tuhan ini. Menghirup udara segar dapat membantu untuk melancarkan pendarahan mengalir ke otak. contoh, apabila mata melihat langit yang biru dan hutan yg hijau dapat membuatkan minda kita tenang dan sangat bagus untuk otak. Buat aktiviti di luar dapat membuatkan kita akan berfikir lebih hebat.
.
Selain itu, Bacaan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek, bidang, kehidupan dan pengetahuan yang kita tidak tahu sebelum ini. Untuk menghasilkan idea yang kreatif, sudut bacaan kita harus lah berbeza dengan karya atau bidang pekerjaan kita untuk meluaskan lagi pemandangan terhadap sesuatu perkara.
.
Cara yang terakhir adalah dengan pergaulan. Bak kata pepatah melayu; Jauh berjalan dapat meluaskan pandangan dan ramai kawan akan dapat banyak ilmunya. Merujuk pepatah melayu dapat membuat fikiran manusia dapat menjadi matang dengan pergaulan yang luas. Walaupun kita tidak ceburi bidang perniagaan dengan perkongsian tentang pengalaman perniagaan dari kawan-kawan kita dapat menambah ilmu tentang pemasaran dan hasil untung rugi dari jualan.
.
How To Generate Ideas? boleh tonton link video ringkas KHAS buat anda
Like page BadrulSaniInternational di facebook dan instagram/badrulsaniinternational
.