Inspirasi : EGO kah aku?

Bismillah.

Hari ini ramai orang yang ada ego yang cukup besar. Ini akan menyebabkan akhirnya mereka ini akan rugi besar dalam hidup mereka. Ini adalah tanda-tanda orang yang menunjukkan ada egoistik.

Complain

Jika seseorang itu mempunyai sifat yang suka complain  dalam hidup mereka. Orang yang suka complain tentang seseorang itu punya kesalahan dan kekurangan berbanding mencari hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Ini adalah golongan yang pertama.

Gossip

Jika seseorang itu suka mengumpat atau bercerita buruk tentang orang lain bersama dengan kawan-kawan dengan membuka aib orang tersebut. Itu menunjukkan seseorang itu mempunyai sifat yang dia lebih bagus dari orang lain. Ego tersebut akan meresap masuk melekat ke dalam diri orang yang suka bergossip keburukan orang lain. Bahaya kepada orang tersebut untuk mempunyai sifat ini.

Tidak Suka tengok orang berjaya

Tidak suka tengok kejayaan orang lain adalah salah seorang yang ego iaitu orang lain lebih daripada dia. Jika kita mempunyai sifat ini kemungkinan ego itu akan menjadi besar dan tidak lama lagi akan menguasai diri kita.

Susah minta maaf

Dia susah sangat hendak meminta maaf atas kesilapan yang dia buat.  Walaupun orang tidak nampak atau terbongkar kesilapan dia dan sebagainya kalau kita buat salah kita minta maaf. Ini menunjukkan dia mempunyai ego yang besar, doakan supaya kita tidak berada dalam segolongan ini, Tidak lah menjadikan kita ni hina apabila kita meminta maaf atas kesilapan kita, malah akan menjadikan diri kita ini insan yang mulia.

Aku

Banyak menggunakan perkataan aku dalam percakapan.  Contoh, Alhamdulillah aku dah berjaya buat semua ni, aku dah berusaha sendiri, penat aku buat semua ni dan sebagainya. Sedangkan kita tahu tidak ada kejayaan yang mampu dicapai melainkan kita buat secara kerjasa atau bersama- sama. Hati-hati dengan percakapan aku, saya, atau selalu bersifat tunjuk kembali kepada kita semata-mata.

Ini adalah 5 ciri-ciri orang yang mempunyai egoistik dan kita doakan tidak ada ciri-ciri ego dalam diri kita.

Nauzubillahiminzalik

boleh tonton link video ringkas KHAS buat anda Egokah Aku?

Like page BadrulSaniInternational di facebook dan instagram

 

Muhasabah Diri

Muhasabah Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *