Transformasi : TAKUT nak bercakap lah ni ?!

 

Meskipun seni bicara ini penting untuk semua, masih ada yang berkata begini..

“Saya takutlah nak cakap atas pentas ni..”

“Saya ni gemuruh sikit bila berdepan dengan crowd ni..”

“Kaulah cakap. Aku fobia la nka bercakap depan orang ni!”


Takut.. Gementar.. Fobia.. Itulah alasan paling popular untuk mengelak diri apabila disuruh berbicara di khalayak ramai, Sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal.


Masalah anda hanyalah T.A.K.U.T

Panduan Penting:

  • Ketakutan anda hilang apabila anda tidak T.A.K.U.T
  • Keberanian dibina dan ketakutan diubati di minda
  • Terpulang kepada anda untuk menentukannya
  • Terjemahkan pengucapan umum di minda anda sebagai sesuatu yang menyeronokkan

ANDA takut kerana anda T.A.K.U.T

T – Tidak

A – Ada

K – Kekuatan

U – Untuk

T – Terjemah

Sebenarnya takut merupakan naluri biasa manusia. Dan takut itu wujud apabila anda tiada kekuatan untuk menterjemahkan perkara itu menjadi sesuatu yang tidak menakutkan.

Maknanya, semuanya bergantung kepada diri anda atau lebih tepat lagi minda anda!Ya, hanya di minda anda segalanya terbentuk dan terhapus.

Juga yang tidak takut berbicara umum ialah mereka yang bersemangat dan ikhlas tatkala diberikan peluang berbicara di khalayak ramai. Bicara umum dalam gambaran minda mereka ialah medan sumbangan dan perkongsian ilu pengetahuan dengan pendengar. Pendengar yang datang dianggap sebagai golongan yang ingin mengambil ilmu darpadanya. Jadi, semangatnya menjadi tinggi dek kerana keinginan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Bagaimana untuk mengatasi ketakutan berbicara?

Untuk anda menjadi seorang yg berani, ketakutan anda mesti menjadi lebih kecil berbanding dengan matlamat atau sebab untuk anda bercakap. 

Anda perlu set satu matlamat, objektif atau niat yg jelas sehingga menyebabkan ketakutan itu menjadi kecil.

Contoh:- saya meletakkan matlamat untuk bercakap di khalayak ramai adalah untuk menyebarkan ilmu supaya lebih ramai orang menjadi bijak berbicara dengan menolong ratusan ribu orang.
saya dapat banyak pahala, takkan lah saya nak masalah takut nak berhadapan dengan orang ramai menjadi sebab saya nak korbankan peluang untuk dapat pahala.

Jadi apabila matlamat kita besar, masalah takut akan jadi kecil.

Jawapannya mudah dan ia ada bersama anda pada saat ini. Yang penting anda perlu tahu mengolah ketakutan ini dengan kaedah perbaikan yang tepat. Ingat anda perlu mengubah ketakutan anda kerana cemerlangan berbicara bukan lagi keistimewaan, tetapi keperluan dalam kehidupan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *