Inspirasi : Anekdot “Spiritual Journey” Episod 4
BEG JEMAAH vs BEG MAK JEMAH
Aku belajar banyak perkara sepanjang Spritiual Journey baru-baru ni. Antaranya adalah tentang perihal ‘selfish.’
.
.
Kebanyakan masa, mementingkan diri sendiri adalah kerja mudah. Senang. Tak payah fikir orang lain. Hanya perlu pastikan diri sendiri selesa, selamat dan bahagia.
.
.
Orang lain? Itu diorang punya pasal.
.
.
Mudah.
.
.
Tapi di Madinah, belum lagi sampai di Masjid Nabawi, aku sudah mula dinampakkan bahawa ‘selfish’ itu tidak mudah.
.
.
Semuanya berlaku di tempat menunggu beg. Satu persatu merangkak keluar, minta dikutip.
.
.
Jemaah Ayaq World dari awal sudah berpakat untuk kumpulkan beg satu tempat. Maka gerak kerja menunggu dan memburu beg pun berlaku.
.
.
Tidak kisah beg siapa pun, asalkan warna beg adalah warna kami, kami terus angkat dan kumpul di satu tempat. Kemudian masing-masing akan dapatkan beg masing-masing tanpa perlu bersusah payah bertenggek di tepi conveyor belt.
.
.
Asalnya geng lelaki sahaja yang bertugas untuk mengangkat beg, tapi oleh kerana keseronokan membantu ahli pasukan membuak-buak, jemaah perempuan dan budak-budak pun teruja untuk menyempurnakan misi.
.
.
Oleh kerana kami fokus kepada beg jemaah, maka hati ini sentiasa gembira apabila melihat beg demi beg keluar daripada lubang itu. Walaupun bukan beg kami, tetapi ia menjadikan hati itu senang dan gembira kerana dapat memberi khidmat kepada pasukan.
.
.
Sedar tak sedar, beg aku sendiri sudah pun selamat diangkat. Alih-alih semua jemaah dah dapat beg masing-masing. Alhamdulillah.
.
.
“Mudah sungguh urusan kita apabila kita memudahkan urusan orang.”
.
.
Aku lihat ada juga jemaah daripada group lain yang memburu beg sendiri-sendiri. Tampak letih wajah mereka selepas 8 jam penerbangan. Ditambah pula dengan kecewa kerana beg tak keluar-keluar.
.
.
Dan apabila aku melihat jemaah Ayaq World semua dah beratur untuk keluar menghirup udara segar Madinah, sekali lagi aku bersyukur dengan tarbiyyah Allah yang hadir di airport Terminal Hajj ini. Betapa Allah memudahkan segalanya.
.
.
Pergi 35 beg, balik 40 beg. Yang ni kita cerita episod akan datang.
.
.
#AbgBadr
#AnekdotSpiritualJourney
Ayuh Mudahkan Urusan Orang!
