Inspirasi : Anekdot “Spiritual Journey” Episod 3

“Bonda nak semua kumpul pukul 7am di lobby.”
.
.
Sebelum pukul 7am, hampir semua jemaah dah ada. Yang selalu awal adalah Puan Nurul dan Tuan Iqbal sekeluarga. Diikuti dengan Cik Puan Aisyah bersama ibu, Cik Puan Iela dan Puan Dea.
.
.
Tepat jam 7am, kami terus bergerak ke destinasi yang dijadualkan.
.
.
Sebagai makhluk Allah yang sangat sensitif bab masa dan punctuality, aku sangat bahagia dengan jemaah Ayaq World ni. Kekuatan mereka adalah BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN.
.
.
Dikepalai oleh Bonda Aisyah, founder Ayaq World, jemaah seramai 22 orang ini bergerak dengan cukup pantas, tersusun dan memudahkan mutawwif. Sebagai tour leader, aku cukup gembira. Ada unsur ketaatan, hormat dan patuh.
.
.
Dan aku belajar satu perkara penting, “sehebat mana pun seseorang individu itu, dia tidak akan dapat menewaskan sebuah pasukan yang bergerak bak ketumbukan tentera yang berdisiplin.”
.
.
Dalam ketegasan, jemaah ini juga bersulamkan kasih sayang. Sentiasa cuba untuk mencipta perasaan istimewa buat mereka yang berada di sekelilingnya. Tak lokek. Tak selfish. Tak mendahulukan diri sendiri melainkan yang lain sudah selamat di tempat masing-masing.
.
.
Aku sempat menyentuh bab teamwork ketika dalam sesi latihan kami di Madinah. Aku ingatkan kepada semua bahawa Nabi Muhammad itu adalah manusia terbaik. Paling mulia. Paling hebat.
.
.
Dan manusia yang paling mulia dan paling hebat ini apabila berjuang, baginda tidak keseorangan. Beliau berjuang bersama sahabat. Ya, bersama-sama sahabat! Dan kenapa kita apabila berjuang di bumi Malaysia, kita lebih suka berseorangan?
.
.
Teamwork makes the dreams work.
.
.
Ingat, “sehebat mana pun seseorang individu itu, dia tidak akan dapat menewaskan sebuah pasukan yang bergerak bak ketumbukan tentera yang berdisiplin.”

#AbgBadr
#AnekdotSpiritualJourney
Di Bumi Madinah Yang Penuh Hikmah dan Barakah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *