Tranformasi : Aku hairan la tengok ada orang yang selalu gembira !

Happy man jumping for joy on the peak of the mountain, cliff at sunset. Success, winner, happiness

// G. E. M. B. I. R. A.

“Aku hairan la tengok ada orang yang selalu gembira. Pergi mana-mana pun gembira. Senyum je kerjanya,” luah sahabat saya ni. Ikhlas bunyinya.

Saya sengaja mengusik, “Dah tu kau tak hairan kalua tengok orang yang selalu masam mencuka. Asyik bercakap benda negatif. Fikir yang buruk-buruk. Dan asyik membangkang secara tak sihat?”

“Ala..tu biasa la.” sambil hirup kopi panas sahabat saya ni jawab selamba.

Saya betulkan kedudukan kerusi. Dalam hati saya rasa ini masa yang saya tunggu-tunggu. Selama ni saya tengok sahabat saya ni tak habis-habis berfikir negatif. Asyik mencarut kalau ada krisis.

Moga Allah bantu saya saat itu untuk menjentik kepercayaan yang tertanam lama dalam benaknya.

“Macam ni…” saya mulakan bicara.
“Kegembiraan adalah pilihan.”
“Kegembiraan adalah pilihan.” sengaja saya ulang.

Nak ulang kali ketiga takut satgi dia ingat saya nak berkhutbah pulak kat kedai mamak ni.

“Maknanya, orang yang gembira ni dia pilih untuk gembira. Sebab dengan kita pimpin emosi kita untuk gembira, manfaatnya sangat besar!”

Sahabat saya kerut kening.

“Orang yang gembira, emosinya melonjak-lonjak, energinya tinggi dan percayalah, hasil kerjanya luar biasa berkualiti.”

“Orang yang gembira, insyaAllah murah rezeki. Kerana mereka gembira dengan semua benda yang ada di sekeliling. Mereka syukuri sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar benda. Dan Allah kan dah janji nak tambah nikmat kepada mereka yang bersyukur!”

“Orang yang gembira, senyumannya menyebabkan orang lain terjangkit sama. Mereka gembira dan menggembirakan dengan getaran hati yang positif kepada orang sekeliling.”

“Orang yang gembira, serotonin dan endorfin dalam badan meningkat. Kesannya? Hormon stress akan terkawal. Stress boleh menyebabkan kita letih dan menjemput penyakit. Untungkan orang yang gembira?”

“Dan ingat, ia boleh dipilih!” saya tegaskan point ini sebelum saya serahkan semula perbualan kepada sahabat saya.

Sahabat saya mengangguk-angguk perlahan. Harap dia faham.

“Oh satu lagi. Untuk tidak jadi gembira juga adalah satu pilihan.”
“Dan pilihan untuk menjadi negatif dan suka bersangka buruk ni, sangat-sangat merugikan. Rugikan diri sendiri. Rugikan orang sekeliling. Vibration yang dihantar menyebabkan orang yang tak kenal pun dah start meluat kat kita.”
“Jadi pilihlah yang terbaik!” saya tamatkan nasihat.
Sahabat saya tersenyum. Tidak terlalu lebar. Tapi masih jelas ada sesuatu keriangan di wajahnya.

Dan sahabat saya tiba-tiba bersuara, “esok aku nak start pilih untuk gembira!”
Saya cepat-cepat potong cakapnya. “Kenapa esok? Pilih untuk gembira sekarang!”

JADILAH ORANG YANG MENJANA KEGEMBIRAAN, BUKANNYA YANG MENANTI UNTUK DIGEMBIRAKAN.

YES, CHOOSE TO BE HAPPY RIGHT NOW!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *