Inspirasi : Seorang pejuang !

Dia Mati Tapi Masih Hidup
Kita Hidup Tapi Sudah Mati

Itulah beza hidup seorang yang berjuang dengan seorang yang sekadar mencari uang.

Pejuang tidak melihat keindahan dunia semata. Pejuang jadikan dunia tunduk di kakinya. Akhirat menjadi destinasi utama.

Tiada apa yang diharap melainkan redha dan cinta-Nya.

Tidak kecewa dek sikap manusia. Namun risau seandainya kebaikan tidak dipandang oleh Pencipta.

Tidak penat berusaha. Ikhtiar saban hari, minggu dan tahun. Kerana tersemat bahawa Allah mahu melihat usaha terlebih dahulu sebelum hasil.

Kejayaannya tidak digantung pada leher strategi dan dimahkotakan pada kepala perancangan. Semuanya dikembalikan dalam bentuk pujian kepada Allah. Kerana semuanya dimulakan dengan tawakkal yang sepenuh hati kepada Allah.

Itulah pejuang. Matinya syahid. Namun baktinya terus hidup.

Kita pula bagaimana?

Di mana kiblat hati ini?

Mahu redha Ilahi atau kepuasan naluri?

Hidup kita ini, sebagai pejuang? Ada sekadar penjual?

Yang berniaga jual produk dan servis. Yang bekerja jual masa dan tenaga.

…….

Bismillah walhamdulillah.

Hari ini adalah hari kebangkitan diri kita. Potensi semakin mengembang. Semangat kian berkobar. Tindakan semakin bijak dan matang. Produktiviti kian berkualiti dan tinggi kuantiti.

Ayuh hidup kita sebagai pejuang. Mati juga sebagai pejuang.

Moga bertemu kekasih Ilahi yang dirindui dan dikasihi…

Allahuakbar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *