Tranformasi : Kisah 2 orang pemburu!

BSI

“Senapang dah ada?”

“ADA!”

“Peluru dah ready?”

“READY!”

“Ayuh kita BERJUANG!”

“TAPI NAK TEMBAK APA YE?”

Kisah dua pemburu ini sengaja saya kongsikan sebagai mukadimah. Sekadar nak gambarkan betapa SIA-SIANYA segala persiapan sekiranya TIADA TUJUAN dan MATLAMAT yang jelas dalam sesebuah misi.
.
Begitu juga dengan Ramadan. Apa matlamat anda untuk Ramadan kali ini?
.
Takkanlah nak turunkan berat badan dan diet? Tak salah tapi kurang tepat. Dan takut hilang berkat.
.
Kita mulakan dengan sebab asal diwajibkan puasa. Ya, AGAR KITA SEMUA BERTAKWA.
.
Letakkan ini sebagai matlamat ultimate kita apabila berpuasa.
.
Kemudian letakkan pula matlamat-matlamat sampingan mengikut aspek kehidupan.
.
Contoh Matlamat dari aspek Spiritual :
1. Khatam Al-Quran
2. Hafal Surah Yaasin
3. Tahajjud Setiap Malam
Dan sebagainya.
.
Tak salah untuk anda letakkan juga matlamat dalam aspek emosional, fizikal, mental, financial dan lain-lain.
.
Yang salah apabila anda tiada matlamat.
.
Sudahlah berpeluang di Ramadan kali ini, dibiarkan pula ia pergi tanpa penghambaan tertinggi kepada Yang Maha Tinggi.
.
Sementara masih awal ini, ambillah pen dan kertas. Tulis. Dan bekerjalah melaksanakannya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *