Inspirasi : Mata Panda!
// MATA PANDA //
5 CARA UNTUK ENJOY TIDUR MACAM BABY COMEL YANG MENYEJUKKAN MATA IBU YANG MEMANDANG!
“Mata dah macam panda. Muka ketat macam seluar jeans silap saiz. Suara garau mengalahkan dengkuran kingkong.”
Tajam juga leteran saya pagi-pagi ni.
.
Mengusik pun ada.
.
Deen terlalu kuat bekerja. Dan silapnya adalah dia percaya bahawa dengan tidur lambat, itu simbol kejayaan. Lambang kerja keras.
.
“Sorry la bang. Saya stay up malam semalam. Biasa la bang…” Deen lemah berkata-kata.
.
Ni satu lagi kesilapan. Deen cuba mengajak saya mengiktiraf tidur lambat sebagai satu kebiasaan yang wajar diterima.
.
“APA YANG KAU MEREPEK NI?!!”
.
Saya jerit sekuat-kuat hati. Sehingga bergegar jantung …sebab saya jerit dalam hati je. Tak sampai hati nak jerkah orang yang nampak lemah macam zombie.
.
“Deen, kau kena faham… Bukan tidur lambat yang kau perlukan. Kau perlukan TIDUR NYENYAK.
YES.
DEEP SLEEP.
.
Apabila deep sleep dinikmati, lain macam produktiviti kau nanti. Cara berfikir lain. Cara bertindak lain. Cara bercakap pun lain.”
.
“Macam mana bang?” muka zombie mula berubah jadi muka beriya.
.
Mari kita mulakan.
LANGKAH 1 :
TIDUR AWAL.
Nasihat mudah. Tapi selalu diambil mudah.
.
Tolak semua hiburan ke tepi. Movie, games dan semua yang menongkat kelopak mata. Tamatkan.
.
Anda perlu putuskan yang anda mahu tidur awal. Nabi juga tidur awal. Jadikan ini sebagai motivasi. Mahu ikut gaya Nabi. Agar bisa bangun tatkala dinihari menjengah.
.
Cukup-cukuplah berjaga. Otak dah letih. Anda tak perform sebaiknya saat ini. Take a rest. SLEEP.
.
LANGKAH 2 :
BINA RUTIN BERADU
.
Ini macam leceh. Tapi ini akan buka seluasnya jalan ke arah DEEP SLEEP.
.
Lakukan satu upacara rutin yang diulang setiap hari pada waktu yang sama. Dan rutin ini adalah untuk memberi isyarat kepada badan, AKU MAHU TIDUR. Maka badan akan bertindak balas sepatutnya.
.
Rutin ini terpulang kepada anda. Contoh : ambil wudhuk, pakai baju loose, pakai kain pelekat, bubuh perfume, solat witir dan baca doa tidur.
.
Ulang setiap malam. Badan akan mula menerima tindakan ini sebagai rutin sebelum tidur.
.
Maka setiap malam lebih mudah anda tidur dan lebih mudah anda menuju ke arah DEEP SLEEP.
.
LANGKAH 3 :
TUTUP LAMPU
Simple kan? Tapi benda simple macam ni ramai je orang layan macam complicated.
.
Tutup lampu bukan bermaksud padamkan lampu bilik semata-mata.
.
Dunia hari ini penuh dengan cahaya. Walaupun dah malam, lampu-lampu yang menemani kita macam skrin laptop, skrin tv, skrip handphone, semuanya merosakkan proses untuk kita tidur!
.
Bercerailah dengan gajetmu 1 – 2 jam sebelum tidur. Otak perlu kerehatan. Dan cahaya skrin menyebabkan hormon melatonin tidak terhasil. Sedangkan melatonin sangat sangat diperlukan untuk TIDUR YANG BERKUALITI!
.
LANGKAH 4 :
JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR
Bukannya tak pernah kena tegur bab ni kan?
.
Bila kita makan sebelum tidur, perut takkan lagi berhenti bekerja untuk menghadam.
.
Badan jadi tak selesa. Perut beroperasi dengan aktif. Bloating pun ada.
.
Badan juga confused. Sekarang ni malam ke siang? Sebab dia terpaksa bekerja sungguh-sungguh. Bila badan fikir yang sekarang ini siang, susah nak tidur!
.
Bayangkan, nak tidur pun susah. Jangan bicara soal DEEP SLEEP.
.
LANGKAH 5 :
ELAKKAN KAFEIN SEBELUM TIDUR
Jangan gatai-gatai buat benda ni. Tapi ramai yang gatai.
Kafein akan mula memberi kesan selepas 10-20 minit. Dan ia akan kekal dalam badan selama 2- 3 jam! Ada kalanya sampai 5-6 jam!
Tak bijakkan kalau kita minum kopi time nak dekat tidur?
HAVE A GREAT DEEP SLEEP!
Harapan saya : moga anda semua menjadi ayah dan ibu yang cukup tidur. Agar cemerlang esok harinya dalam kerjaya, bisnes dan hidup sebagai ayah dan ibu yang hebat!