Inspirasi : Tips Urus STRESS RUMAH TANGGA

Tip Urus Stress Rumah Tangga.

Punca Utama : Rumah Bersepah. Tangga Apatah Lagi.

Kesan : Otak Jadi Serabut. Bercampur Aduk Dengan Masalah Di Tempat Kerja Yang Belum Selesai.

Kesan Sampingan : Anak Kena Marah. Suami/Isteri Tak Dapat Perhatian. Merajuk.

Kesan Jangka Panjang : Hidup Tidak Bahagia. Jiwa Meronta Ingin Merdeka Kononnya.

Kaedah Penyelesaian :

1. Duduk satu tempat. Harapnya tempat itu tidak berselerak.

2. Sediakan bersama pen dan kertas. Ada air sejuk pun ok jugak.

3. Bahagikan rumah anda kepada beberapa kategori mengikut lokasi. Mulakan dengan yang paling hutan. Tuliskan.

Contoh :
LOKASI 1 (PALING KRITIKAL TAHAP MUNGKIN ADA BIAWAK TINGGAL DI SITU) : Bilik Anak Lelaki.

LOKASI 2 (KRITIKAL TAHAP MAY BE ARNAB BAHAGIA MEMBIAK DI SANA) : Ruang Tamu

4. Peruntukkan berapa lama anda mahu fokus menyelesaikan masalah di LOKASI TERSEBUT. Contoh lokasi 1 (45 minit). Pastikan tidak terlalu singkat.

5. Persiapkan segala alatan yang diperlukan. Kain buruk, mask tutup hidung, plastik sampah dan sebagainya. Jangan mula selagi tak sedia semua benda yang diperlukan. Bersedia dulu. Elak kegelojohan.

6. Mainkan lagu yang menaikkan semangat anda untuk berjuang dan bekerja.

7. Set masa dan mula! Tangkap gambar sebelum kemas. Kemudian simpan handphone. Berjuang! Jangan berhenti untuk tengok handphone. Fokus betul-betul dan betul-betul fokus!

8. Habis kemas. Tangkap gambar. Comparekan. Percayalah saat ini hidung pasti kembang. Rasa bangga. Rasa accomplished! Hormon erdofin keluar CENGGITU-GITU banyaknya!

Cortisol turun. Serotonin naik.
Kesannya, stress berjaya dikendalikan dengan cemerlang! InsyaAllah.

Selamat hidup bahagia bersama keluarga tercinta!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *