Transformasi : Ianya Bermula Dengan PAGI!

MUSNAHKAN HARI ANDA dengan MEROSAKKAN PAGI ANDA!

Sebenarnya pagi adalah detik yang cukup bermakna. Kecemerlangan pagi akan mengheret kegemilangan hari tersebut sehingga ke malam, insyaAllah.

Saya selalu masukkan dalam minda sedar atau separa sedar para peserta program Mengaum Bak Wira betapa PAGI cukup berbaloi untuk dilaburkan segalanya.

Antaranya :

1. Bangun awal. Dan tolong jangan berfikir. Ya, jangan berfikir panjang, berdebat dengan diri sendiri. Kerana minda yang sedang manja itu akan mula merasionalkan untuk anda tidur semula.

Terbuka mata. Terus bertindak. Jangan fikir. Alah, saya yakin ramai selalu buat dalam hidup ni. (bertindak tanpa berfikir. Gurau!)

2. Ambil wuduk. Lagi bagus terus mandi. Biar badan segar umpama pahlawan yang bersiap siaga untuk berperang. Oh, jangan lupa. Gosok gigi.

3. Solat tahajjud. Solat taubat. Solat hajat. Menangislah dengan sungguh-sungguh. Biar detik itu menjadi saksi. Minta yang terbaik. Minta Allah susun segala urusan sebaiknya.

Kalau tidak mampu laksana semua, dapat buat yang mampu sudah cukup bahagia.

4. Kalau ada masa, exercise. Kalau dah azan, jangan mengada-ngada mendahulukan badan yang sasa daripada beribadah kepada Yang Maha Esa.

Pergi surau. Jalan kaki. Moga derapan itu mendekatkan jarak kita dengan syurga. Kalau jauh, naiklah kenderaan. Kalau tidak, dah zuhur pun belum tentu sampai.

5. Selesai berjemaah, baca Al-Quran. Baca dengan terjemahan sekali. Lain macam tau bila kita baca kata-kata Allah dalam keadaan kita faham maksudnya.

Alah, 15 minit sahaja untuk impak di akhirat dan dunia. Usah risau. Allah mesti permudahkan urusan yang lain apabila kita memudahkan diri untuk menatap bicara-Nya.

6. Ok. Ini waktu kritikal. Uruskan anak-anak. Waktu ini, SABAR dan SENYUM. Lakukan dengan kasih sayang. Ramai ibu bapa stress saat ini. Dan diheretnya stress ke tempat kerja sampai punch out nanti.

Hati-hati detik ini.

7. Selesai misi besar menghantar anak-anak ke sekolah, peruntukkan masa untuk SENAMAN! Ya, lari sebentar. Sebab ini membantu anda untuk :

a) dptkan khasiat drpd muntahan cahaya matahari. Penting ni.

b) aktifkan blood circulation yang akan mengirimkan (wow) oksigen ke otak dan badan.

c) mengeluarkan hormon serotonin yang anda perlukan untuk gembira dan ceria.

d) menimbulkan rasa SYOK dalam diri. Tiba-tiba jadi yakin. Rasa berjaya melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup.

8. Ini semestinya menjadikan anda lebih LUAR BIASA dalam menempuh hari tersebut.

Tak percaya? Cubalah! Bismillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *