Teknik Guna SLIDES PRESENTATION

Demi memastikan mesej yang ingin disampaikan itu benar-benar berkunjung ke sanubari, ramai yang bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan slides dalam bicara mereka. Sejujurnya, ini satu usaha yang bagus dan layak dipuji. Cuma ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira:

1. Penggunaan slides mampu menjadikan presentasi anda lebih menarik. Tetapi tidaklah menjadikan presentasi yang lemah dan membosankan berubah wajah menjadi hebat. Ia adalah sokongan. Bukan perkara pokok. Masih ramai yang mampu berbicara tanpa slides tetapi mesejnya sampai. Kerana tunggak utama adalah kemahiran berbicara itu sendiri.

2. Slides mampu menyebabkan audiens anda cepat faham. Maka pastikan slides anda menarik tetapi tidaklah sampai menyakitkan mata dan menghilangkan fokus. Kurangkan ayat yang panjang. Kurangkan hiasan yang tiada maksud.

3. Anda harus merangka apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu sebelum merangka slides. Elakkan buat slides sambil berfikir apa yang nak dicakapkan. Akhirnya bukan slides ikut anda, anda yang ikut slides. Hehe…

4. Wujudkan keseragaman dalam template slides tersebut. Contohnya kekalkan logo syarikat atau tajuk presentasi di sebelah kiri atas slides. Kiri atas slides adalah tempat pertama mata manusia akan lihat dan ini menyebabkan usaha branding anda lebih mudah. (Wow!)

5. Elakkan penggunaan font yang pelbagai. Jadikan satu slides hanya menggunakan 2 font. Font pula mestilah sesuai dengan tajuk yang dibawa. Jangan pula nanti, anda menggunakan font kanak-kanak sedangkan sedang bercakap tentang perkara serius!

6. Konsep 6×6. Maknanya elakkan menulis lebih daripada 6 perkataan dalam satu barisan ayat dan elakkan menulis lebih daripada 6 ayat dalam satu perenggan. Asasnya, konsep point adalah yang terbaik. Jangan jadikan slides anda sebagai kad nota anda. Tak perlu dipaparkan semua perkara. Memadai yang penting-penting sahaja.

Itu sahaja untuk kali ini! Jom bijak berbicara!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *