Transformasi : Parenting Sama Seperti Bisnes?





Parenting adakalanya seperti membina perniagaan yang kukuh.
.
.
Dalam business, seandainya cara A tidak menjadi, kita tidak boleh terus menggunakan pendekatan yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Kena fikir cara B. Atau C.
.
.
Dalam mendidik anak, kalau dah pendekatan A tak menjadi, kenapa terus melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza? Kemudian kecewa dan hampa. Berasa dunia tidak adil kerana dikurnia anak derhaka!
.
.
Contoh 1 :
Si ibu suka cakap jerit-jerit pada anak supaya anak kemas bilik. Dan proses ini terus berlaku. Tapi anak masih tidak bertindak seperti diharapkan. Kena asyik terus menjerit dan jerkah-jerkah.
.
Si ibu frustrated. Dan akhirnya menganggap sikap anak itu tak boleh diubah. Maka lahirlah anak dara yang tak pandai mengemas dan berselerak hidupnya.
.
.
Apa kata si ibu ubah cara pendekatan dalam memberi arahan. Daripada dok menjerit, cubalah sesuatu yang baru.
.
Apabila ternampak bilik semak.
1.Mulakan dengan syukur. Ada bilik itu anak ku ini.
Ada budak yang mak ayah takde. Terpaksa menumpang rumah orang. Menagih kasih sayang setiap hari walau tertekan dan ditekan. Anakku masih ada aku. Dan aku masih ada peluang untuk membentuk anakku ini menjadi hamba Allah yang soleh/solehah.
.
2. Teruskan dengan sabar. Bukan senang. Jadi senyumlah. Moga serotonin yang Allah kurniakan itu tidak menjadi cortisol membuak berlebihan. Dengan kata lain, agar tindakan respon anda bukan atas dasar stress. Tetapi untuk mendidik dengan baik.
.
3. Panggil anak dengan lemah lembut. Macam nak minta tolong.
Ajak dia duduk kat satu tempat di sudut rumah, bukan kat bilik yang semak tu. Tempat lain. Pandang wajahnya, dan hidupkan hati dengan tawakkal kepada Allah.  Saat itu kita sedar bahawa yang meminjamkan anak itu adalah Allah. Anak tu bukan kita punya. Allah yang mencipta hatinya. Allah juga yang bisa mengubah hatinya.
.
4. Selepas sudah kita serahkan segalanya pada Allah, cakap dengan anak dengan suara yang tenang. Sulam dengan ketegasan. Dan hati saat itu masih ingat bahawa Allah yang  memegang hati budak ini. Rendahkan suara. Hampir berbisik. Condongkan badan sedikit ke hadapan. Ini tanda anda serius. Anda mahu dia lakukan sesuatu yang serius. Dan akan berlaku perkara serius seandainya perkara ini tidak dilakukan.
.
5. Selepas mesej disampaikan, ajak anak untuk lakukan bersama. Bukan sekadar ajar. Anda boleh memulakan kerja mengemas bilik itu. Tapi jangan sampai akhirnya anda yang kemas semuanya. Let them learn. But let them feel that you’re there with them. Nak lagi best, time mengemas tu kongsikan cerita-cerita anda time muda-muda dulu yang menarik. Dan bila dia dah syok, bagitau yang episod akan bersambung kalau bilik semakin kemas dan bersih.
.
.
Alhamdulillah, teknik ini berkesan dan akan terus berkesan. Kerana yang bertindak itu adalah hamba Allah yang mahu mendidik hamba Allah yang lain menjadi anak yang bertanggungjawab. Fokus kepada perkataan hamba Allah tu. Kerana seorang hamba akan sentiasa berpaut dan mengharapkan bantuan Tuhannya.
.
InsyaAllah.

pullover-hoodie-mockup-of-a-boy-s-outfit-29818.png