Transformasi : 9 Soalan Pengubah Hidup
Soalan mampu mengubah gerak kerja minda dan menjentik jiwa yang tersadai selesa.
.
.
Ambil masa sebentar, dan sila jawab soalan-soalan ini dengan JUJUR, TIDAK GOPOH dan JELAS. Anda tidak akan menyesal kerana soalan ini akan merentap kekaburan dan membawa sinar pencerahan baru dalam hidup anda. InsyaAllah.
.
.
1. Apakah kelebihan yang ada dalam diri ku? Yang menjadikan aku adalah aku.
2. Aku ingin belajar tentang …
3. Apa yang patut aku lepaskan dalam hidup supaya aku menikmati hidup yang lebih bermakna?
4. Apakah maksud hari yang sempurna untuk hidupku?
5. Apakah 3 penghalang untuk aku mencapai matlamat hidupku?
6. Apakah 5 perkara yang aku sangat bersyukur dalam hidupku?
7. Perkara yang aku paling banggakan dalam hidupku adalah…
8. Seandainya aku bebas hutang, aku pasti akan …
9. Apakah buku yang paling mengubah hidupku? Dan kenapa?
.
.
Anda boleh sekadar membaca soalan-soalan ini sekali lalu.
.
Tapi percayalah, bagi anda yang mengambil berat dan menjawab dengan tenang, satu persatu, MINDA & JIWA mu akan dirangsang untuk BANGKIT dan MEMBANGKITKAN! InsyaAllah!
.
Tak percaya? Cubalah!
.
.
#BadrulSaniInternational
#ampacitujihad