NAK JADI EMCEE YG HEBAT? Ini Dua Rahsia Untuk Anda!

Ramai yang menjadi penceramah. Namun lebih ramai mereka yang menjadi Pengerusi atau Pengacara Majlis. Setuju?

Ada yang menjadikan pengacaraan majlis sebagai profesion mereka. Ada juga yang hanya sekali sekala. Tak kurang juga yang terpaksa jadi secara tiba-tiba.

Hari ini saya kongsikan 2 Rahsia Pengerusi Majlis Profesional dan semoga tips ini membantu anda yang hadir dari ketiga-tiga kategori di atas.

 

Baiklah, sekiranya anda mahu menjadi Pengacara Majlis yang hebat, cuba aplikasikan dua rahsia ini ketika beraksi :

RAHSIA 1 : HARI PERSEDIAAN PENTING, NAMUN HARI KEJADIAN ADALAH SANGAT PENTING

Ramai di kalangan pengacara majlis terlibat secara mendalam dengan persiapan majlis. Perkara ini bagus. Cuma anda perlu sedar had anda. Bukan anda orang yang terakhir pulang pada hari terakhir persiapan. Bukan anda yang paling penat dalam proses mempersiapkan persediaan majlis tersebut.

Anda perlu jelas, detik kegemilangan anda adalah pada detik kejadian majlis tersebut. Maka berhati-hati dalam tindakan anda. Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik pada detik penting tersebut.

Nampak mudah, tapi jika ditidak diambil berat, bakal membawa padah.

RAHSIA 2 : PERKENALKAN PENCERAMAH/SPEAKER DENGAN ‘STYLE’

Anda mesti buat persediaan. Study. Research tentang penceramah yang bakal anda jemput untuk berbicara. Cari latar belakang, lihat dulu gambarnya dan karang satu introduksi ringkas tentang beliau. Informasi tentang beliau harus tepat. Jika ragu-ragu, elakkan daripada menyebutnya.

Cara anda memperkenalkan bergantung kepada suasana majlis. Jika formal, buat gaya formal. Jika sebaliknya, anda mungkin boleh lebih santai sambil memperkenalkan penceramah tersebut. Yang penting, anda menyebut nama dengan tepat, informasi tepat dan menaikkan minat audiens untuk mendengar penceramah tersebut berbicara. Jadikan audiens tak sabar dan cukup teruja untuk melihat dan mendengar penceramah tersebut.

Jadikan penceramah itu cukup istimewa! Pastikan anda menggerakkan audiens untuk memberi tepukan gemuruh tatkala penceramah tersebut naik ke pentas! (Apapun, lihat suasana majlis ye!)

OK, kita jumpa lagi! Amalkan dua perkara ini untuk menjadi EMCEE yang profesional!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *