MENGAUM BAK WIRA bersama KAUSAR Wealth Management!

Menjadi seorang perunding perwarisan harta Islam semestinya memerlukan kemahiran komunikasi yang luar biasa. Bukan sekadar berbicara biasa-biasa malah memerlukan teknik ucapan yang berpengaruh dan membantu audiens untuk memahami makna.

Atas rasa tanggungjawab dan teruja untuk memperkasakan pejuang-pejuang perwarisan harta Islam ini, Badrul Sani International bersetuju untuk sama-sama MENGAUM BAK WIRA bersama lebih 50 orang Kausarians di PKNS BizPoint, Shah Alam.
Banyak yang dikongsi. Banyak juga aspek disentuh agar lebih mudah menyentuh.
Antaranya
- Jalan pintas untuk bijak berbicara
- Formula atasi ketakutan
- 3 Rahsia Komunikasi Impak Tinggi
- Teknik Waking Hypnosis

Alhamdulillah, ilmu disampai dan matlamat tercapai. Kausarians kini semakin bersemangat untuk melangkah berjuang. Kerana mereka bukan sekadar ejen. Juga bukan seorang perunding.
Mereka kini adalah WIRA.
Dan mereka bisa MENGAUM BAK WIRA!
