TEKNIK VIRAL 2021
“Saya nak viral. Nak famous!”
.
3 KAEDAH VIRAL 2021
.
.
1 : USAH PANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN
Bila masuk Januari 2021, ramai yang berazam itu dan ini. Mahukan perubahan. Inginkan peningkatan.
.
Tugas kita mudah, doakan mereka. Support mereka. Dorong mereka.Sokong mereka.
.
Bukanlah tugas kita untuk memandang rendah kepada orang lain.
Bukanlah kerja kita untuk memperlekehkan impian orang lain.
Bukanlah tanggungjawab kita untuk memperkecilkan cita-cita besar orang lain.
.
Memanglah kita cakap yang kita ni tak sombong dan tak meninggi diri.
Tapi macam mana kita boleh pandang rendah kat orang kalau kita tak rasa kita LAGI TINGGI daripadanya?
.
.
2 : USAH MENGHAKIMI ORANG LAIN
.
Kemampuan kita untuk membaca hati dan gerak geri manusia lain sangatlah terhad.
.
Daripada kita sibuk merasakan ustaz ni buat baik sebab nak tunjuk dekat orang, apa kata kita tunjukkan kepada diri sendiri yang kita mampu untuk buat baik dengan cara kita.
.
Daripada kita asyik menuduh pemimpin ni tak ikhlas dan memburu undi semata, apa kata kita fokus ikhlaskan hati dan membantu insan lain tanpa mengharapkan apa-apa termasuk ungkapan terima kasih.
.
Daripada kita sering mempertikaikan usaha influencer dan mendakwa mereka ini mengejar LIKE & FOLLOWER, apa kata kita berusaha menyebarkan kebaikan dan ilmu kepakaran yang Allah pinjamkan kepada kita.
.
.
Memanglah kita cakap kita tak pandai menghakimi orang.
Tapi macam mana kita boleh buat tuduhan dan jatuh hukum tentang niat orang lain sedangkan HATI SENDIRI pun kita tak betul-betul kenal?
.
.
3 : USAH REMEHKAN HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA
.
Ramai lupa yang dia adalah makhluk. Meskipun solat dan zakat tak pernah tinggal. Gambar Kaabah melekat di dinding rumah.
.
Kita tahu bahawa Allah Maha Melihat, tapi kita tak memperlihatkan perkara yang molek dilihat oleh Allah.
Kita tahu bahawa Allah Maha Mendengar, tapi kita tak memperdengarkan sesuatu yang elok didengari oleh Allah.
Kita tahu bahawa Allah Maha Mengetahui, tapi kita tak menjaga hati dan asyik terdetik perkara hina serta memalukan untuk diketahui oleh Allah.
.
.
Memanglah kita mengaku Allah itu Al-Khaliq (Pencipta).
Tapi macam mana kita boleh biarkan hidup tanpa ketakwaan sedangkan SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH ADALAH ORANG YANG BERTAKWA?
.
.
Baiklah. Done share 3 CARA VIRAL 2021.
Maaflah, saya bukannya pakar marketing ataupun branding.
Cara viral ni pun bukanlah teknik mahal untuk terkenal di media sosial.
.
Tapi saya yakin, dengan melakukan 3 perkara ini, nama kita akan viral di kalangan malaikat.
Terkenal di langit. Walau low profile di bumi.
.
Dan bukankah dengan masuknya kita ke tahun 2021 ini, bermakna umur semakin pendek dan jarak dengan kematian semakin dekat?