INSPIRASI : Doa Tertinggi Untuk Anak
Assalamualaikum dan salam perjuangan semua.
.
.
.
Kita jarang / tak pernah doa supaya Allah redha dengan anak-anak kita. Keturunan kita.
Selalunya doa kita untuk anak jadi pandai, dapat no. 1 dan straight A. Murah rezeki. Dapat masuk universiti. Senang dapat kerja.
.
.
Tak salah doakan kebaikan-kebaikan sebegitu. Cuma kita tak teringat nak mohon agar Allah redha anak kita sebagai hambaNya yang soleh/solehah.
.
.
Redha Allah adalah segala-galanya. Ayuh kita kejar kasih dan sayang Allah.
.
.
Ia tak mudah. Tambah pula kita hidup dalam masyarakat yang “kalau kau tak kaya, kau dikira tak berjaya.”
.
“Kalau kau tak drive keta besar, memang kena tahan le dengan pak guard di gate taman perumahan. Kau tak berjaya lagi.”
.
“Kalau kau tak berharta, kau bukan anak/menantu yang hebat dan berjaya.”
.
.
Dan senarainya semakin panjang. Tapi pendek cerita, semuanya tentang harta dan duit.
.
.
.
Maka berjuanglah dengan sepenuh hati. Kita bangkit mencari redha Ilahi.
.
.
Letakkan Allah di hati. Dunia di kaki.
.
.
InsyaAllah, dua-dua dapat. Yang sementara dapat. Yang kekal selamanya pun dapat.
.
.
ABG BADR
Buru duit, duit tak pernah cukup.
Buru kecukupan, lebih daripada duit datang sebagai nikmat.
#InspirasiBadrulSani