Komunikasi : Mana Yang Lebih Penting?
AUDIO vs VISUAL
Saya pernah kongsikan di Youtube.
Sekiranya perlu memilih mana yang lebih penting, sama ada AUDIO atau VISUAL, maka dahulukan AUDIO. AUDIO yang jelas akan menyebabkan audiens selesa dan fokus dengan penyampaian anda.
Maka laburlah sedikit wang untuk dapatkan mikrofon yang bagus. Yang jelas apabila anda berbicara. Yang selesa untuk anda guna ketika beraksi. Tak semestinya mahal.
Saya ada beberapa jenis mikrofon.
Yang di dalam gambar ini adalah BLUE YETI PRO STUDIO.
High end dan berkualiti tinggi. Harga pun mahal tahap hampir menyesal. Huhu…
Saya juga ada mikrofon yang bernilai RM10. Senang dibawa dan juga tetap clear didengar audiens. Yang penting, ada mikrofon external untuk memastikan AUDIO anda berada di tahap berkualiti.
Pergi cari. Saya tak jual. Huhu…
#BadrulSaniInternational
#ampacitujihad
#AbgBadr