Inspirasi : Tips tarik anak anda keluar dari dunia gadget mereka!
Gadget adalah satu teknologi yang kita tidak asing lagi dalam kehidupan kita sekarang ini. Sangat tidak dinafikan memang banyak kemudahan yang kita dapat daripada penggunaan gadget tapi tidak dinafikan juga terdapat keburukan gadget, salah satunya ialah ketagihan anak-anak dengan gadget.
Ramai ibu bapa bertanya kepada saya bagaimana untuk kita mengelakkan anak-anak kita tidak ketagih dengan gadget. Disini saya kongsikan 3 cara untuk mengurangkan anak-anak Tuan Puan tidak menghambakan diri mereka dengan gadget
- Hadiahkan mainan yang tiada kaitan dengan gadget.
- Haa?? Bagi mainan? Ya betul, sebagai ibu bapa kita tidak dapat menafikan kanak-kanak dengan bermain tidak dapat dipisahkan. Oleh itu hadiahkan mereka mainan yang boleh menjana otak ataupun permainan yang boleh mengaktifkan fizikal mereka. Sebagai contoh beli pistol mainan. Mereka akan bergerak dengan mainan ini dan dapat mengaktifkan fizikal mereka dan dengan cara tak langsung dapat merangsang otak mereka dengan aktif.
- Bermain bersama anak-anak.
- Ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi di dalam hal ini. Luangkan masa anda bersama anak-anak. Jika anak-anak tengah asyik bermain bersama ibu bapa mereka mana mungkin mereka akan meminta gadget kepada ibu bapa. Mungkin kita boleh kaitkan dengan tip yang pertama tadi dengan membelikan anak pistol mainan. Beli lebih pistol mainan tu dan Tuan Puan boleh bermain sekali dengan anak-anak. Ingat, anak-anak dapat mengaktifkan fizikal mereka dan kita sebagai ibu bapa juga dapat menghilangkan stress seharian ditempat kerja.
- Beritahu mereka sebab kenapa kita jauhkan mereka daripada gadget.
- Tahukah anda? Ketagihan gadget diusia kanak-kanak boleh menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mendapat barah otak oleh kerana kanak-kanak menyerap lebih 60% radiasi berbanding orang dewasa. Jadi disinilah peranan ibu bapa untuk menekankan kepada anak-anak betapa bahayanya kita mereka kerap dengan gadget.
Ini adalah cara bagaimana untuk jauhkan anak anda dengan gadget, semoga anak anda tidak lagi dibelenggu dengan dunia gadget !
#ObatHati
#BusinessXFamily
#AmpacItuJihad