Inspirasi : Budak sanggup bagi duit raya Part II

duit raya part 2

// JANGAN BACA KALAU POSTING YANG SEBELUM INI BELUM DIBACA : BUDAK BAGI DUIT RAYA PART II

Semalam berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah.

Hari ini, saya teruskan budaya yang tertanam kemas dalam DNA AMPAC ; keep on improving!

Selesai saya sampaikan apa yang saya sampaikan semalam ( ‘ibaadur Ramadan vs’ ibaadur Rahman), saya ulang semula sesi penyampaian duit raya untuk yang berjaya jawab soalan.

Berbeza dengan semalam, saya tambahkan lagi sedikit point agar peserta-peserta Program Premium Kanak-kanak AMPAC ini lebih faham.

Oh ya, dua anak hebat hari ini adalah Lutfi dan Arissa. Dua sampul kuning berlogo AMPAC diserahkan kepada mereka.

Selepas Lutfi dan Arissa sampaikan duit raya kepada rakan mereka, saya tambah point ini… (point yang panjang ada tertera dalam posting semalam).

“Cuma kita semua kena ingat. Duit raya yang kita dapat tidak kekal. Betul tak? RM10 yang kita dapat, akan habis dibeli apa yang kita mahu. Setuju?”

Majoriti mengangguk. Mesti kuat shopping ni. Hehe…

Saya sambung, “tapi Lutfi dan Arissa hari ini special. Duit raya yang mereka dapat telah menjadi KEKAL kerana mereka BERIKAN kepada yang lain. Kekal sebagai ganjaran di akhirat. Dan semestinya nilainya jauh lebih tinggi berbanding duit dalam sampul tersebut.”

Bercahaya wajah kedua-dua anak hebat ini.

Mungkin pada asalnya sedikit kecewa kerana duit raya yang dirasakan miliknya sudah tiada. Namun saat itu, mereka rasa bahagia kerana MEMBAHAGIAKAN.

Saya akhiri dengan,” teruskan semangat Ramadan. Kita adalah hamba Allah. Ramadan adalah sekolah yang menjadikan kita lebih hebat dan perkasa! Takbir!”

Dewan padat dengan suara anak-anak kecil ini melaungkan

ALLAHUAKBAR!

#ampacitujihad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *