Inspirasi : Budak Yang Sanggup Beri DUIT RAYA
// Kisah Budak Bagi Duit Raya
Sesi malam tadi saya kongsikan tentang beza antara ‘ibaadur Ramadan dengan ‘ibaadur Rahman di Akademi Ampac HQ.
Di hadapan saya adalah peserta Program Premium Kanak-kanak AMPAC yang berumur 7-12 tahun.
Ya, ada yang masih kecil untuk tajuk ini.
Tapi di AMPAC, kami gunakan pendekatan yang sesuai untuk menyesuaikan mesej dengan mad’u / audiens kami.
Cuma kali ini lebih menarik sebab saya dari awal dah offer, siapa nak duit raya (sambil tunjukkan dua sampul kuning), kena dengar apa yang Abang Badr akan cakap sebentar lagi.
Semua fokus. Sungguh-sungguh pulak tu.
Maka bermulalah penerangan tentang beza antara menjadi hamba Ramadan dengan menjadi hamba Allah yang sejati.
Sikap. Kepercayaan. Tindakan.
Dua-dua kelompok ini berbeza ketiga-tiganya.
HAMBA RAMADAN akan all out pada bulan Ramadan dan menganggap berakhirnya Ramadan, maka cukuplah apa yang dilakukan.
HAMBA ALLAH juga all out pada bulan Ramadan. Namun apa yang dilakukan dalam bulan Ramadan menjadi pemangkin, booster untuk mereka ini terus cemerlang 11 bulan yang seterusnya. Ramadan berakhir dengan permulaan potensi diri yang lebih baik.
Habis penerangan yang penuh dramatik (biasalah Abg Badr), saya terus tanya dua soalan. Sambil pegang sampul raya kuning berlogo AMPAC tu.
Soalan sangat mudah sampai budak-budak ni pun rasa ‘alahai’ takkan tu je. Tapi sebenarnya itu bukan matlamat saya. Ada strategi lain sebenarnya. (Kena baca sampai habis.)
“Apakah maksud ‘ibaadur Ramadan?”
Damia angkat tangan dan jawab dengan penuh yakin.
“Apakah maksud’ ibaadur Rahman?”
Faqihah pula tak tunggu lama untuk bersinar.
Tapi dewan saat itu masih terkedu. Kenapa Abg Badr belum tunaikan janjinya. Kata nak bagi duit raya.
Saya senyum. Dan saya cakap sambil tersenyum, hari ini Abg Badr nak bagi sesuatu yang lebih power daripada duit raya.
“Damia, nah ambil duit ni. Dan sekarang Damia hadiahkan duit raya ni kepada sesiapa yang Damia nak.”
Damia terpinga sebentar. Kemudian tersenyum. Dan terus berikan kepada Nayli. Nayli pula kini tersenyum.
Indah.
“Faqihah, nah ni untuk awak pula. Berikan kepada yang awak rasa nak bagi.”
Faqihah pusing belakang dan terus serahkan duit raya tu kepada Abg Bo. Senyum lebar Abg Bo / AMPACoach Luqman Nurhakim Mosni. Terharu tu sudah pasti. Tak sangka. Walaupun dalam hati, saya memang dah mengharap ini akan berlaku.
Saya tutup sesi saya dengan mengatakan, betapa indahnya mendapat duit raya. Tapi, tahukah semua yang MEMBERI itu lebih bahagia dan membahagiakan.
Damia angguk. Faqihah mengiyakan. Mereka yang paling faham. Perasaan yang cukup bahagia.
Inilah AMPAC. Kami ‘menjual’ pengalaman menerusi latihan kami. Agar generasi hari ini faham dan amalkan.
Dan pendekatan kami ini, alhamdulillah sentiasa segar untuk mendepani generasi yang semakin jelas perbezaannya dengan generasi sebelum-sebelum ini.
Moga Allah terus berikan kekuatan kepada barisan AMPACoaches AMPAC yang berjuang di dalam dan di luar Akademi. Program Premium dalaman dan juga program di sekolah-sekolah dan universiti.
Saya akan pergi. Dan AMPAC ini adalah legasi. Moga membahagiakan saya dan pasukan saya di hadapan Ilahi nanti. Aamiin.
#ampacitujihad
#AbgBadr