Inspirasi : Bila ada masalah, LARI !!!
“Bila ada masalah, LARI !!!”
Kelat wajah Yusuff. Macam tak percaya jawapan yang diterimanya.
7 saat yang lepas, soalan yang ditanya adalah, “Saya sedang ada masalah ni Abg Badr. Apa yang patut saya buat? Risau sangat… ”
.
Disuruhnya LARI… Biar betul. Masalah takkan selesai kalau kita terus lari dari masalah.
.
“Maksud Abg Badr, keluar lari jogging kat padang atau lari daripada masalah tu?” Yusuff bijak mencari kepastian.
Takut salah faham.
.
Saya senyum. Sengaja saya bagi statement kontroversi macam ni supaya yang mendengar lebih mudah mengingat berbanding jawapan nasihat biasa.
.
” Sebenarnya, maksud Abg Badr adalah apabila ada masalah, JANGAN TERHEGEH-HEGEH BERTINDAK. Terus bangkit dan lari menyelesaikan masalah tersebut!”
.
“Lagi lama dibiarkan masalah itu membesar, lagi besar kesan buruk yang akan berlaku. Melarat nanti. Jadi LARILAH DENGAN SOLUSI.”
.
“Bergerak pantas juga membantu kita mengekalkan momentum dan semangat juang. Dan sebaliknya, kalau kita asyik leka dengan perkara lain dan membiarkan masalah berlarutan, ia bisa menyusahkan kita dengan kesusahan yang serius.”
.
Saya jawab tanpa bagi peluang untuk Yusuff mencelah.
.
Dan Yusuff akhirnya tersenyum lega. Seolah-olah masalah yang selama ini membebani bahunya, hilang entah terbang ke mana.
.
” Dan satu lagi… ” saya menambah.
” Kalau berlari atau berjogging juga bagus untuk keluarkan hormon Serotonin dan Endorfin. Hormon kegembiraan ni. InsyaAllah sedikit sebanyak membantu untuk tidak stress dan mudah untuk keluar daripada masalah.”
.
ANDA DAH BERLARI HARI INI?