Komunikasi : BERDEPAN Dengan RIBUAN AUDIENS
TIP MENGENDALIKAN AUDIENS YANG MENCECAH RIBUAN ORANG.
1. Pastikan baju anda menyerlah dan elakkan berwarna gelap. Tambah pula kalau tiada camera yang memaparkan wajah anda di skrin, audiens akan gelisah kerana suara didengar, wajah tak kelihatan!
2. Gunakan pentas sebaiknya. Jika anda statik tak ke mana, anda dah macam rostrum kecil yang berbunyi di atas pentas. Sadis.
3. Gerakkan tangan anda dengan gerakan yang lebih besar berbanding selalu. Ini untuk menggambarkan betapa anda meraikan segenap ruang yang ada dan juga meraikan audiens yg ramai.