Transformasi : Daripada ORANG Kepada PEJUANG!

36893848_10156348730998267_9050879355609153536_o

Setuju?

Menjadi pejuang ummah tidak bermaksud anda perlu mengendong gelaran agamawan.

Malah mak cik tukang sapu sampah juga besar jasanya dalam menjayakan projek penghasilan ummah yang hebat. Betul tak?

Maka betulkan niat kita yang biasa-biasa kepada luar biasa.
Kerja kita bakal menjadi jihad yang bermanfaat apabila kita ubah matlamat keduniaan kepada niat cemerlang di akhirat. Don’t worry, bukankah sesiapa yang mengejar akhirat, dunia pun dia pasti dapat?

Sekiranya tugas harian anda tidak cukup memuaskan suara hati yang mahu terus berjuang untuk ummah, ceburi dunia NGO yang berjasa. Sumbang apa yang termampu. Duit salah satu. Tenaga dan masa juga cukup berharga dalam pembinaan ummah.

Apa yang penting, tidaklah kita hidup ini semata-mata mengejar kewangan. Kerana duit itu keperluan. Langsung tidak mampu menjadi tujuan.

Ayuh, kita BANGKIT dan MEMBANGKITKAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *