Transformasi : Risau Oh Risau!





[ RISAU ]

Wajahnya sugul. Termenung.
.
Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
.
Ikhwan bingung. Dan saat seperti ini, seorang manusia sangat memerlukan seseorang yang dapat mendengar.
.
Aku bertanya perlahan. Khuatir memeranjatkan pula si Ikhwan.
.
“Jauh termenung. Ada apa-apa yang boleh share dengan Abg Badr?”
.
Pemuda itu baru perasan rupa-rupanya ada orang sedang memerhati.
.
“Saya risau sebenarnya Abg Badr. Apa yang akan jadi esok ye? Adakah ibu saya akan terus hidup atau akan pergi buat selama-lamanya…”
.
.
Rupa-rupanya Ikhwan sedang berlawan dengan kerisauan dalam dirinya yang memikirkan keadaan ibunya yang kini dalam situasi yang agak kritikal di hospital. Ibunya koma.
.
.
Aku pegang bahu kanannya. Tidak kuat dan tidak juga lemah. Sentuhan yang ku harapkan dapat mengalir tenaga dan semangat dalam dirinya.
.
“Ikhwan, kita ini manusia. Terlalu banyak kelemahan yang kita miliki. Terlalu banyak kekurangan yang kita punyai. Kita tiada kuasa seperti Pencipta.”
.
.
Ikhwan memandangku dengan wajah tenang tetapi ada tanda soal di hatinya.
.
“Maksud Abg Badr?”
.
.
“Kita manusia. Kita tidak tahu dan tidak mampu menentukan apakah esok masih ada. Bukan sahaja untuk ibu kita yang sakit, tetapi juga untuk kita. Kita tidak dapat jamin kehidupan akan berterusan keesokan hari. Tetapi kita boleh jamin yang kematian pasti akan datang satu hari nanti.”
.
“Jadi usah risau tentang sesuatu yang kita tidak mampu untuk control. Ia akan meresahkan hati. Merisaukan jiwa. Gundah gulana dibuatnya nanti.”
.
“Sekarang, apa kata Ikhwan ‘risaukan’ apa yang Ikhwan boleh control. Ikhwan boleh control tindakan Ikhwan betul? Apa kata Ikhwan bangkit dan ambil wudhuk. Duduk berzikir tenangkan jiwa. Bangun solat menangis kepada Yang Maha Esa. Minta dengan doa yang bersungguh agar ibu Ikhwan dikurniakan kesembuhan. Minta. Dengan sungguh-sungguh. Itu yang Ikhwan boleh control. Maka lakukannya!”
.
.
Ikhwan mula mengangguk sedar.
.
.
“Perkara yang Ikhwan tak boleh control, serahkan kepada Yang Maha Pengatur. Bertawakkal dengan sepenuh hati kepada-Nya. Dia Yang Maha Arif akan tahu apa yang terbaik untukmu.”.
.
.
Matanya berkaca. Dia meminta izin untuk memelukku. Dan pelukan kami sangat erat, seerat percayanya Ikhwan kepada perancangan Ilahi.
.
.
Sahabat-sahabat sekalian. Saya harap kita sama-sama keluar daripada kepompong kerisauan ini. Ya, ia menjadikan kita risau dan resah. Gundah gulana. Bahasa kasarnya, ia membazir masa dan merugikan jiwa.
.
.
‘Risaulah’ kepada perkara yang kita boleh control. Dan lakukan yang terbaik sambil mengharapkan yang terbaik daripada Yang Maha Baik.
.
.
Allah sayang kita kan? Ya, Allah sayang kita. Sangat sayang.
Kini giliran kita menterjemahkan kasih sayang kita kepada-Nya.
.
.
Be in control.
Tawakkal kepada Allah.
.
Gabungkan keduanya.
Bahagia kedua-duanya (duniawi ukhrawi).
.
.
InsyaAllah.
.
.
ABG BADR
Suka berdamping dengan remaja.