Transformasi : Orang Kaya vs Orang Miskin





ANAK : “Ayah, siapa yang lebih mulia, orang miskin yang bersabar atau orang kaya yang bersyukur?”
.
.
AYAH : “Kedua-duanya mulia wahai anakku. Mereka adalah golongan yang bakal diganjari syurga di akhirat, insyaAllah.”
.
.
Si anak masih termenung.
.
Si ayah sebenarnya cuba membimbing pemikiran si anak supaya tidak melihat kekayaan harta sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang. Juga mahu menanam dalam diri anaknya agar tidak memandang rendah kepada orang miskin dan yang memerlukan.
.
Kedua-duanya ada tempat di dalam syurga.
.
Orang mukmin yang miskin dan bersabar.
Orang mukmin yang kaya dan bersyukur.
.
.
ANAK : “Tapi yang mana satu yang lebih baik jika di dunia? Saya nak jadi golongan itu.”
.
Si anak tidak berputus asa untuk tahu.
.
.
Si ayah bangun. Meninggalkan anaknya yang masih bergelumang dengan pertanyaan.
.
Kemudian si ayah kembali dengan membawa sebuah botol air plastik berwarna biru muda. Di tangan kirinya pula memegang gelas plastik kosong. Juga berwarna biru muda.
.
.
AYAH : “Nah, pegang ini wahai anakku.” gelas plastik dihulurkan kepada anaknya.
.
Si ayah menuangkan air dari dalam botol plastik ke dalam gelas plastik yang di pegang anaknya.
.
.
AYAH : “Minumlah dengan nama Tuhanmu.” arahan itu diikuti dengan tindakan anak meminum air tersebut.
.
Si anak terus ikut tanpa soal. Kerana dia tahu si ayah sedang menyampaikan sesuatu. Nikmat pula rasa air itu walaupun air kosong.
.
.
AYAH : “Wahai anakku, adakah kau berasa bahagia apabila dapat minum air yang dituangkan kepadamu?”
.
ANAK : “Ya ayahku. Terasa nikmatnya. Cuma aku masih memikirkan apa maksudmu.”
.
.
AYAH : “Anakku, apa jawapanmu jika aku tanyakan soalan ini : Siapa yang lebih bahagia dalam situasi ini? Yang memberi atau yang menerima? Siapa yang bakal lebih diganjari Allah?”
.
.
ANAK : “Yang memberi.”
.
Si ayah tersenyum. Dan meneruskan kata-katanya dengan ayat ini.
.
“MAKA TANGAN MU PERLU BERADA DI ATAS. Dan untuk berada di atas, kamu perlu ada sesuatu untuk DIBERI.”
.
Si anak mengangguk. Perlahan. Seakan-akan semakin faham.
.
AYAH : “Maka berjuanglah menjadi seorang MUKMIN YANG KAYA DAN BERSYUKUR. Moga kau dapat MEMBERI kepada mereka yang MEMERLUKAN. ZAKAT. SEDEKAH. HADIAH. WAQAF. INFAQ. Semua yang bisa memberi manfaat kepada manusia lain.”
.
.
.
Kali ini si anak tersenyum dan mengangguk laju. Faham sefaham-fahamnya.
.
ANAK : “Apa yang aku perlu lakukan sekarang wahai ayahku? Aku mahu menjadi MUKMIN YANG KAYA DAN BERSYUKUR.”
.
.
AYAH : “Lakukan tiga perkara ini :”

PERTAMA : LATIH DIRI UNTUK MEMBERI. CARANYA : BERKONGSI NIKMAT.
Cari peluang untuk memberi kepada mereka yang memerlukan.
Tidak semestinya duit. Kerana kamu mungkin belum punya wang.
Mulakan dengan memberi senyumanmu. Bukan kah ia satu sedekah.
Latih dirimu wahai anakku.
Seandainya ada makanan yang boleh dikongsi, kongsikan dengan orang yang dekat denganmu.
Seandainya ada ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat, share dengan rakanmu.
Latih dirimu wahai anakku.
.
.
KEDUA : DALAMI CARA MENJEMPUT REZEKI. ANTARANYA : ILMU BISNES YANG HALAL DAN MANTAP.
Kau perlu usaha. Dan usahamu perlu berada di atas landasan yang diredhai oleh Tuhanmu.
Jangan jadikan duit itu matlamat sehinggakan kau langgar hukum hakam Tuhanmu.
Belajar dari mereka yang berpengalaman. Elakkan mengulangi kesilapan mereka.
Gandakan usaha ke atas perkara yang menjadi faktor kejayaan mereka.
Baca buku. Hadir ke kelas atau seminar bisnes. Belajar bab teknikal dan aspek emosional bisnes.
.
.
KETIGA : FAHAMI KAEDAH MENGURUSKAN HARTA. CARANYA : BELAJAR ILMU URUS DUIT
Jangan kau hanya mencari duit dan kemudian memborosi setiap sen daripadanya.
Belajar untuk simpan dan buat perlindungan.
Belajar untuk simpan dan kembangkannya.
Belajar untuk simpan dan warisinya dengan baik.
.
.
InsyaAllah ini akan membantumu wahai anakku.
.
Yang penting jangan kau menjadi kaya dalam keadaan memandang hina kepada orang lain.
Kerana akhirnya SEMUA HARTA yang kau miliki dan bakal miliki adalah MILIK ALLAH.
Semua ini Dia yang punya. Kau hanya pemegang amanah. Dan perlu melaksanakan amanah ini sebaiknya.
.
.
Jangan sombong. Fikir bagaimana untuk menjadi sebaik-baik manusia.
.
Yakni MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.

#BadrulSaniInternational
#ampacitujihad
#AbgBadr

67510817_10157212007573267_2531680386866479104_o.jpg