Kepimpinan ELIT

Penyakit Malas!

Penyakit Malas!

Sepertimana dalam keluaran lepas, kita berbicara perihal malas. Dan ramai yang memberikan respon tidak sabar menunggu keluaran ini untuk mengetahui kaedah untuk mengatasi malas. Nampaknya ramai yang berkongsi penyakit yang sama. Tak usah risau, yang penting kita kenali diri dan kenalpasti potensi. Kita sedar kita lemah dan sekarang masa untuk kita atasi kelemahan!

Perkara pertama dan utama, sila ubah mind setting anda ke arah yang positif. Sedar atau tidak, selama ini anda malas kerana anda PILIH untuk malas. Dan selama ini, orang lain mampu rajin kerana mereka PILIH untuk rajin. Anda tidak dilahirkan sebagai pemalas kerana anda ini rajin juga orangnya. Anda rajin kemaskini Facebook anda tanpa gagal. Anda rajin bersembang dengan kawan tentang seseorang. Anda rajin  je main games hingga lupa makan minum. Anda juga rajin menonton televisyen meskipun azan sudah pun berkumandang.

Read More

Bukan Itu Yang Allah Tanya!

Bukan Itu Yang Allah Tanya!

Assalamualaikum semua! Harap semuanya ceria, bertenaga dan tidak putus asa dalam menjadikan diri anda seorang Muslim yang hebat!

KISAH MAMAT SI PEMALAS

Dalam mencorak kejayaan, kita perlu bijak dalam mengatur strategi. Dan strategi yang terbaik adalah strategi daripada mereka yang telah mencapai kejayaan yang kita impikan. Strateginya sudah terbukti berkesan dan insyaAllah andai kita pula yang mengaplikasikannya, hasilnya pasti sama.

Read More

Murabbi; Cari & Jadi!

Murabbi; Cari & Jadi!

Assalamualaikum semua! Harap semuanya ceria, bertenaga dan tidak putus asa dalam menjadikan diri anda seorang Muslim yang hebat!

Tahun 2014 sudah mula masuk ke bulan yang seterusnya. Banyak perkara telah kita rancang dan mula laksanakan. Cuma kita risau andai perancangan akhirnya bernoktaah dengan angan-angan. Maka molek kiranya kali ini Abang Badr berkongsi satu lagi kaedah motivasi diri yang mampu membantu anda semua untuk terus cemerlang tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Teknik ini telah diguna pakai oleh semua orang yang berjaya sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Nak tahu rahsianya?

Read More

Bersahabat Dengan Mereka Yang Hebat!

Bersahabat Dengan Mereka Yang Hebat!

Assalamualaikum dan salam perjuangan semua! Semoga semuanya terus teruja untuk meletakkan semula Islam ke tempat asalnya yakni di kedudukan yang tertinggi dan  dihormati. Alhamdulillah, Abang Badr dan pasukan AMPAC di seluruh negara semakin bersemangat menempuh cabaran dalam menempa kejayaan membentuk generasi Muslim yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Pernah satu ketika  dahulu, Abang Badr didatangi oleh seorang ibu yang hadir bersama tangisan, bahunya dibeban dengan permasalahan yang berpunca daripada anaknya yang bongsu. Si ibu sambil mengesatkan air mata memberitahu keadaan anaknya yang suatu ketika dahulu cukup baik dan tampak solehah.  Akhlaknya baik, auratnya terpelihara dan akademiknya bisa dibangga.

Read More

Mendepani 2015 Dengan Bijak!

Mendepani 2015 Dengan Bijak!

Tatkala Abang Badr mencoret perkongsian yang terakhir untuk 2014 ini, pasti sudah ramai yang berpusu-pusu  membeli diari untuk 2015. Digenggamnya erat. Mata pula bersinar bersama  sirna impian baru yang mula dibina. Sungguh, saat ini semangat  untuk berubah cukup membara.

Namun  di manakah salahnya? Di manakah silapnya sehinggakan setiap kali azam yang dibina acap kali terkubur sebelum aspirasi menjadi realiti?

Read More

Minda Usahawan; Apa Salahnya?

Minda Usahawan; Apa Salahnya?

Assalamualaikum dan salam perjuangan! Moga adik-adik pada saat ini sedang mengukir senyuman dan sungguh teruja untuk perkongsian kita yang seterusnya!

Topik kali ini mungkin ada yang mencebik dan merasakan ini bukan untuk aku. Aku tidak dilahirkan untuk menjadi orang bisnes. Aku tak pandai berniaga dan tak mahu berniaga. Cita-citaku untuk menjadi doktor atau jurutera.  Bukannya peniaga. Lagipun untuk pandai berniaga, aku perlu pandai menipu supaya keuntungan dapat aku sapu!

Read More