2 Tips Berbicara Sambil Duduk

Betul, tidak semua bicara disampaikan dalam keadaan berdiri. Adakalanya anda perlu duduk sambil membuat presentasi. Anda juga kadangkala perlu berbicara di hadapan kelompok yang kecil audiens dalam kedaan duduk.

Persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk berbicara sambil duduk?

Jom kita kongsikan 2 Tips Berbicara Sambil Duduk!

 

TIPS PERTAMA : Pastikan Bahagian Belakang Anda Berada Di Posisi Yang Kukuh

Ramai yang apabila berbicara sambil duduk, merasakan diri mereka selamat dek kerana terlindung dengan meja yang ada di hadapan. Akhirnya mereka duduk dengan postur yang salah.

Sepatutnya, punggung anda berada selesa di atas kerusi (hujung di tempat sandar), kaki anda memijak lantai, badan anda tegak dan pastikan anda tidak menggelongsor ke hadapan. Jangan bayangkan anda menggelongsor seperti jatuh ke hadapan. Tetapi bayangkan anda duduk dalam keadaan terlalu santai.

Bahaya. Audiens akan menganggap anda tidak berminat untuk berbicara atau tidak berminat mendengar mereka memberikan pendapat. Betulkan postur anda!

Duduk ala-ala santai ini juga menyebabkan berat badan bertumpu pada siku anda dan menyebabkan anda sukar untuk menggerakkan tangan ketika berbicara.

TIPS KEDUA : Dekatkan Badan Anda Dengan Meja (Sekiranya Ada)

Sekiranya ada meja di hadapan anda, dekatkan kerusi anda dengan meja tersebut. Selalunya, orang akan menjauhkan kerusi daripada meja dan menyebabkan mereka duduk ala-ala santai. Secara automatik, anda tampak tidak serius atau pun mungkin berlagak.

Letakkan tangan di atas meja (bukan semua bahagian tangan), dan biarkan tangan bergerak secara profesional ketika anda berbicara!

Walaupun duduk, pastikan bahu anda seperti anda sedang berbicara sambil berdiri; bahu tegak ke belakang dan dagu tidak menunduk atau mendongak.

Percayalah, saya tidak meminta anda untuk duduk seperti ini sepanjang-panjang anda berbicara! Sekurang-kurangnya, anda memulakan bicara dengan postur begini dapat meletakkan bicara anda dalam keadaan yang profesional dan serius.

Hehe. Saya pun tak mampu nak duduk lama-lama macam tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *