{"id":567,"date":"2019-03-11T09:05:35","date_gmt":"2019-03-11T01:05:35","guid":{"rendered":"http:\/\/badrulsani.com\/home\/?p=567"},"modified":"2019-03-11T09:05:35","modified_gmt":"2019-03-11T01:05:35","slug":"inspirasi-budak-vs-ceo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/2019\/03\/11\/inspirasi-budak-vs-ceo\/","title":{"rendered":"Inspirasi : BUDAK vs CEO"},"content":{"rendered":"<p><strong>DUA BUDAK SEKOLAHKAN CEO<\/strong><\/p>\n<p>Si Adik sudah pun monyok. Sesekali mulutnya sengaja dimuncungkan. Masih comel untuk seorang budak.<\/p>\n<p>Kepalanya digeleng-geleng perlahan.<\/p>\n<div class=\"text_exposed_show\">\n<p>Namanya disebut untuk kesekian kalinya.<\/p>\n<p>AMPACoach Ayie sudah tersenyum kelat. AMPACoach Bo terkulat. Masing-masing cuba memujuk Si Adik ini naik ke pentas untuk berpidato. Majlis persembahan pidato di hadapan ibu bapa sudah lama berlangsung. Dan ini adalah persembahan terakhir.<\/p>\n<p>Saya yang sedang berdiri memerhati di belakang seperti mandur di ladang getah. Cuba mencari solusi.<\/p>\n<p>Semua peserta Program Premium Kanak-Kanak AMPAC sudah selesai beraksi di pentas bicara. Tinggal seorang saja lagi, Si Adik.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia menangis ni, habis lah&#8230;\u201d sempat juga hati saya berbisik.<\/p>\n<p>Dan sempat juga saya soroti semula kenangan dan memori melatih anak-anak ini. Semuanya ok. Semuanya cemerlang. Tiada salah dengan modul. Tiada masalah dengan tenaga pengajar.<\/p>\n<p>Sudah beribu pelajar dibantu. Sepatutnya Si Adik ini tiada masalah.<\/p>\n<p>Dan apabila kepala saya berpusing mencari jawapan, tiba-tiba&#8230;<\/p>\n<p>\u201cAdik, jom kita buat sama-sama.\u201d Si Kakak tanpa disuruh muncul di atas pentas. Memujuk. Atau lebih tepat, memotivasi adiknya.<\/p>\n<p>Mereka menyertai program ini dua beradik. Si Kakak dan Si Adik. Si Kakak berjaya membuat persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.<\/p>\n<p>Kini giliran Si Adik.<\/p>\n<p>\u201cJom la&#8230;\u201d pujuk Si Kakak. Saat itu seluruh dewan terdiam. Mulut tertutup tetapi hati semuanya masing-masing terasa \u2018sweet\u2019nya&#8230;<\/p>\n<p>Saya dengan pantas, tangkap gambar detik ini. Dan yang paling menyebakkan, sehingga saya pun tak pedulikan dah tentang kamera, apabila kedua-dua Muslimah comel ini berpidato bersama!<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-large wp-image-568\" src=\"http:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o-1024x768.jpg\" alt=\"53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o\" width=\"600\" height=\"450\" srcset=\"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o-300x225.jpg 300w, https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o-768x576.jpg 768w, https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o.jpg 1321w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/p>\n<p>&#8230;.<\/p>\n<p>Boleh bayangkan perasaan saya waktu itu?<br \/>\nTak tahu nak cakap apa, tapi saat itu saya membayangkan perasaan ibu bapa Si Kakak dan Si Adik. Mesti berbunga tahap gergantua saiznya! Sekurang-kurangnya, pasti di dalam hati itu menangis kerana gembira!<\/p>\n<p>Alhamdulillah.<\/p>\n<p>Si Kakak dan Si Adik ini mengajar saya satu perkara.<\/p>\n<p>Betapa besar, lebar dan kuatnya kuasa berSAUDARA.<br \/>\nBetapa indahnya apabila dijaga dan diraikan kehidupan berSAUDARA.<br \/>\nBetapa \u2018sweet\u2019nya suasana dan gembiranya hati ibu bapa apabila anak-anak mereka bersama menjaga tali perSAUDARAan sebaiknya.<\/p>\n<p>Jangan persiakan SAUDARA kita sama ada dekat atau jauh.<br \/>\nAbang. Kakak. Adik. Sepupu. Sepapat.<\/p>\n<p>Cuba whatsapp adik beradik anda sekarang satu emoticon smiley!<\/p>\n<p>Badrul Sani<br \/>\nThe one and only ANAK BONGSU dalam keluarga&#8230;<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUA BUDAK SEKOLAHKAN CEO Si Adik sudah pun monyok. Sesekali mulutnya sengaja dimuncungkan. Masih comel untuk seorang budak. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Namanya disebut untuk kesekian kalinya. AMPACoach Ayie sudah tersenyum kelat. AMPACoach Bo terkulat. Masing-masing cuba memujuk Si Adik ini naik ke pentas untuk berpidato. Majlis persembahan pidato di hadapan ibu bapa sudah lama berlangsung. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[2],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/567"}],"collection":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=567"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":569,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/567\/revisions\/569"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}