{"id":4,"date":"2016-01-12T18:52:36","date_gmt":"2016-01-12T10:52:36","guid":{"rendered":"http:\/\/badrulsani.com\/home\/?p=4"},"modified":"2017-07-12T20:38:55","modified_gmt":"2017-07-12T12:38:55","slug":"percubaan-pertama-sangat-penting","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/2016\/01\/12\/percubaan-pertama-sangat-penting\/","title":{"rendered":"PERCUBAAN PERTAMA! Sangat Penting!"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-medium wp-image-30 aligncenter\" src=\"http:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/DSC_1413-300x200.jpg\" alt=\"DSC_1413\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/DSC_1413-300x200.jpg 300w, https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/DSC_1413-768x512.jpg 768w, https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/DSC_1413-1024x683.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p>\u201cAla\u2026belum\u00a0<em>try\u00a0<\/em>belum tahu!\u201d<\/p>\n<p>\u201cCubalah dulu\u2026 Takkan takut kot?\u00a0<em>Poyolah<\/em>\u00a0mamat ni!\u201d<\/p>\n<p>Pernah dengar ayat-ayat ini? Ya, ayat ini selalunya digunakan oleh rakan-rakan kita apabila ingin mengajak kita melakukan sesuatu yang baru. Sesuatu yang belum pernah kita cuba. Sesuatu yang menyebabkan kita tertanya-tanya; menarik ke benda ni?<\/p>\n<p>Jadi hari ini, Abang Badr nak bawa anda semua menyusuri perjalanan seorang remaja yang hebat. Perjalanan yang cukup mencabar tetapi menyeronokkan. Dan cabaran yang kita akan bincangkan dalam keluaran ini adalah CABARAN PERCUBAAN PERTAMA.<\/p>\n<p>Selama ini anda cuma peka dengan peperiksaan percubaan. Tetapi adakah anda sedar bahawa setiap perkara baru yang anda lakukan adalah satu percubaan? Dan adakah anda sedar bahawa setiap percubaan yang anda lakukan itu amat memberikan kesan kepada hidup anda hari ini dan masa depan?<\/p>\n<p>Untuk pengetahuan anda, ramai manusia berjaya dan gagal adalah hasil daripada percubaan pertama. Jika Abang Badr senaraikan tentu berjela-jela panjangnya. Mari kita ambil beberapa contoh sebagai asas perbincangan.<\/p>\n<p>Merokok contohnya. Percaya atau tidak, sebahagian besar remaja pada hari ini ketagih merokok hanya akibat daripada sikap mahu mencuba. Apabila ditoleh ke kanan, nampak rakan merokok, ditoleh ke kiri, nampak bapa pula merokok. \u201cEmm..tentu seronokkan merokok?\u201d bisik hati kecil si remaja. Maka percubaan pertama pun dilaksana dengan jayanya! Mula-mula sebatang sehari. Kemudian sekotak sehari. Akhirnya, satu kartun sehari! Hasilnya? Lahirlah seorang lagi perokok tegar.<\/p>\n<p>Abang Badr pernah bersama dengan remaja yang merokok. Dan Abang Badr telah pelajari banyak perkara daripada remaja tersebut. Pertama, perokok sebenarnya ingin berhenti merokok tetapi mereka tidak mampu berhenti begitu sahaja. Tahu tak kenapa? Ini kerana kandungan nikotin di dalam rokok itu membina ketagihan di dalam otak perokok. Perokok tidak mampu berkata TIDAK apabila keinginan untuk merokok itu datang! Ya, mereka terpaksa merokok! Kesian kan? Tu la\u2026Siapa suruh cuba?<\/p>\n<p>Kedua, perokok sebenarnya runsing dengan duit yang terpaksa dikeluarkan untuk membeli rokok. Duit untuk dibeli buku, dibelinya rokok. Duit untuk yuran tuisyen, dibelinya rokok. Duit untuk sedekah untuk tabung masjid pun dibelinya rokok. Dan yang \u2018menariknya,\u2019 duit-duit itu pula adalah duit yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Hisap rokok dah berdosa. Tipu duit mak ayah bertambahlah dosa. Kesian kan? Tu la\u2026 Siapa suruh cuba?<\/p>\n<p>Ketiga, perokok sebenarnya ingin menampilkan imej matang, glamor dan\u00a0<em>macho<\/em>. Dan untuk perokok lelaki, semestinya mereka ingin tunjuk\u00a0<em>macho<\/em>\u00a0kepada perempuan. Dan yang kesiannya, apabila Abang Badr membuat kajian, \u00a0remaja perempuan tak nampak pun lelaki yang merokok itu\u00a0<em>macho<\/em>. Anda nak tahu apa yang mereka katakan? Ya, mereka katakan remaja lelaki yang merokok itu nampak bodoh. Sudahlah tak macho, bodoh pula tu. Kesian kan? Tu la\u2026 Siapa suruh cuba?<\/p>\n<p>Jadi wahai remaja sekalian, tidakkah ini menampakkan betapa percubaan pertama itu amat mengesan hidup dan masa depan anda. Dengan mencuba perkara negatif seperti rokok, ia membawa anda terjerumus ke dalam masalah yang sukar untuk anda keluar. Dan dengan sekali cuba, anda mungkin terperangkap selama-lamanya dalam kepompong musibah. Itu baru rokok, kita belum lagi cakap pasal percubaan pertama merempit. Belum lagi kita bicara percubaan pertama mencuri di pasaraya. Belum lagi kita bentangkan betapa hodoh dan malunya kesan percubaan pertama mengambil dadah, melakukan seks bebas, menonton video lucah dan seribu satu lagi maksiat!<\/p>\n<p>\u201cJadi sekarang ni, Abang Badr tak nak kami cuba apa-apa langsung ke?\u201d mungkin ini yang bermain di minda anda. Dari awal lagi Abang Badr sudah katakan, percubaan pertama amat memberi kesan dalam kehidupan. Bagi remaja yang matang, mungkin anda sudah nampak maksud Abang Badr yang sebenar. Ya, jika percubaan pertama anda adalah satu perkara yang menjurus ke arah kebaikan, insyaAllah anda bakal menikmati kesan baik yang berpanjangan. Begitu jugalah sebaliknya.<\/p>\n<p>Contohnya qiyamullail. Qiyamullail atau bangun pada waktu malam untuk beribadah merupakan satu perkara yang masih asing bagi remaja kita masa kini. Mungkin ramai yang pernah buat tetapi sepanjang pengembaraan Abang Badr, masih ramai remaja yang belum amalkan.<\/p>\n<p>Bayangkan anda pada malam ini melakukan percubaan pertama untuk qiyamullail. Dengan niat untuk bangun malam, anda tidur berwudhuk bersama doa agar dipermudahkan oleh Allah untuk qiyamullail. Kemudian apabila jam anda berbunyi, anda lantas bangun mengambil wudhuk dan bersolat. Dalam kesejukan malam, anda kemudian hangatkan pipi dengan linangan air mata taubat.<\/p>\n<p>Persoalannya, pada pendapat anda, apa bakal berlaku selepas percubaan pertama qiyamullail ini? Sungguh, ia pasti membimbing anda ke arah kebaikan yang lebih mantap! Betul tak?<\/p>\n<p>Maknanya wahai adik-adikku sekalian, percubaan pertama itu tidak salah. Cuma anda tidak boleh sebarangan mencuba sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Ya, berfikir. Inilah masalah umat Islam hari ini. Malas berfikir! Fikirkanlah apa baik buruknya sesuatu perkara itu sebelum kita mengambil langkah mencubanya.<\/p>\n<p>Jika anda tidak mampu berfikir, bertanyalah kepada orang yang pernah melakukannya. Jika malu untuk bertanya, perhatikanlah mereka yang pernah melakukannya. Ingat, adalah satu kebodohan yang cukup besar untuk seorang manusia apabila dia mengulangi kesilapan orang lain yang boleh dipelajarinya!<\/p>\n<p>Sebelum anda mencuba, fikirkan apa kesan percubaan pertama tersebut kepada minda anda, emosi anda, fizikal anda dan spiritual anda. Adakah minda menjadi lebih cerdas? Adakah perasaan dan kasih sayang anda semakin stabil? Adakah jasad anda semakin sihat dan kuat? Dan adakah hubungan anda dengan Pencipta semakin rapat?<\/p>\n<p>Jika semua aspek ini bakal menikmati manfaat, apa tunggu lagi, cubalah! Tetapi jika percubaan pertama itu bakal merobek kemuliaan keempat-empat aspek tadi, usah dihirau perkara tersebut. Banyak benda lain lagi yang anda boleh lakukan!<\/p>\n<p>Jadi untuk menjadi remaja yang hebat, tidak salah untuk mencuba. Cuma berfikirlah sebelum mencuba. Ingat, percubaan pertama kesannya lama!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAla\u2026belum\u00a0try\u00a0belum tahu!\u201d \u201cCubalah dulu\u2026 Takkan takut kot?\u00a0Poyolah\u00a0mamat ni!\u201d Pernah dengar ayat-ayat ini? Ya, ayat ini selalunya digunakan oleh rakan-rakan kita apabila ingin mengajak kita melakukan sesuatu yang baru. Sesuatu yang belum pernah kita cuba. Sesuatu yang menyebabkan kita tertanya-tanya; menarik ke benda ni? Jadi hari ini, Abang Badr nak bawa anda semua menyusuri perjalanan seorang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[2],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4"}],"collection":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4\/revisions\/39"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/badrulsani.com\/home\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}