Tentang Kami

Logo AMPAC - Nama Penuh 2 Warna (1)

AMPAC atau Akademi Membangun Potensi Anak Cemerlang merupakan sebuah akademi yang membina kepintaran, kemahiran dan kepimpinan kanak-kanak & remaja! Program yang pertama seperti ini di Malaysia bermula sejak tahun 2007!

Sepanjang 14 tahun ini, kami telah membantu memperkasakan 7000 buah keluarga menerusi program premium dan 80,000 orang peserta seminar kami di seluruh Malaysia.

 AMPAC di KOSMO!

AMPAC merupakan Ahli Kumpulan Koperasi Az-Zahrah Selangor Berhad. Dipimpin oleh Tuan Hj Badrul Sani atau lebih dikenali sebagai ABG BADR, kami optimis dalam membimbing kanak-kanak & remaja ke arah menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi.

Maka gerak kerja kami memfokuskan kepada pembangunan kecemerlangan sahsiah, akademik dan komunikasi.

AMPAC di Metro

Maka tidak hairanlah, ramai di antara pelajar yang telah menyertai AMPAC mengalami transformasi yang mantap dalam pelbagai segi.

Kebanyakan alumni kami mengisi saf kepimpinan pelajar apabila mereka berada di sekolah rendah, menengah dan menara gading. Malah ada di kalangan mereka yang mengukir sejarah dan pencapaian di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa. 

Bermula di Bandar Baru Bangi dan kemudian ke Bertam Perdana, Shah Alam, Putrajaya dan Seremban, kini AMPAC sudah melebarkan sayapnya ke seluruh negara menerusi webinar dan program maya yang berimpak tinggi. Antara program yang mendapat sambutan hangat adalah :

AMPAC PREMIUM PROGRAM
SEMINAR BIJAK BERBICARA
SEMINAR BRILLIANT STUDENTS
SEMINAR BRILLIANT PARENTS
SEMINAR P.I.M.P.I.N.
AMPACyber Dai
dan yang terbaru AMPAC BEYOND

Berpidato di hadapan Hospital Islam Az-Zahrah

Akademi AMPAC telah, sedang dan akan terus menjadi tumpuan ibu bapa yang prihatin dan sedar kepentingan membangunkan potensi anak secara holistik. Kebanyakan klien kami adalah ibu bapa dari golongan profesional, usahawan, pemimpin organisasi swasta dan kerajaan serta surirumah yang berfikiran jauh dan berimpian tinggi untuk anak-anak mereka.

Impian untuk melihat anak-anak mereka berjaya bukan sekadar di atas kertas tetapi juga hebat di luar kelas. Impian untuk mempunyai anak yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

2013 - 1250 PESERTA MENYERTAI AMPAC DI SELURUH NEGARA

Jadi, kami dengan rendah hati dan terbuka jiwa & minda, menjemput anda untuk menjadi ahli keluarga AMPAC! Welcome to AMPAC!!

APA KATA MEREKA?