102 Asnaf telah dibantu dalam Projek Sedekah Jumaat

Assalamualaikum dan salam perjuangan, AMPACharity telah menjayakan Projek Sedekah Jumaat yang sedikit berbeza dengan yang sebelum ni. Setelah kami berjaya membantu menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim, Kami dapat peluang juga untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Sumbangan ini hasil daripada orang ramai yang membantu menjayakan PSJ ini. Seramai 102 Keluarga Asnaf di kawasan Seksyen 7 Bangi telah mendapat sumbangan.

Sebanyak 220 pack kuih frozen, Telur Gred A 102 papan dan juga 81 botol jus buah telah diberikan.







Semoga dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda kepada semua yg memberi sumbangan utk Projek Sedekah Jumaat ini. Jom sama-sama doakan 😊

InsyaAllah, Projek Sedekah Jumaat akan diteruskan pada Jumaat yang akan datang. Doakan Projek Sedekah Jumaat ini dapat memberi impak kepada penyumbang dan golongan yang memerlukan..AMPACharity mengucapkan jutaan terima kasih. 😊

Next, PSJ adalah untuk Anak Yatim dimana kita akan berikan 1 Botol Jus Mangga dan 1 Bekas Kek Coklat. AMPACharity namakan sebagai Joy Box.

Sekiranya berminat untuk turut menyumbangan boleh hubungi En.Azri 0173841995 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *