Terima Kasih AITAF

Sejarah tercipta untuk program Berani Straight A pada tahun 2020 apabila Ampac dijemput secara maya oleh Akademi Integrasi Tahfiz Al-Falah (AITAF) Rawang.

Program 2 Jam menggunakan platform Facebook Live membantu para peserta yang rata-rata kecewa kerana SPM ditangguhkan buat sekian kalinya.

Pelajar-pelajar AITAF terdiri daripada pelajar Fast-Track SPM dimana mereka ini tidak mengambil SPM pada usia 17 tahun kerana menghabiskan hafalan Al-Quran terlebih dahulu.

Mengikut perancangan asal, pelajar hanya perlu menghabiskan setahun di Aitaf untuk mengambil SPM dan dengan keputusan SPM nanti melayakkan mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi.

Namun, wabak Covid-19 telah mengubah perancangan mereka. Perancangan setahun menjadi lebih daripada itu.

Berani Straight A secara umumnya membawa pelajar untuk kekal positif dan fokus untuk jadi yang terbaik.

Memandangkan program ini exclusive untuk Aitaf, maka pendekatan yang Ampac bawakan lebih istimewa dan berfokus.

“Daripada kita risaukan apa yang kita tak boleh kawal, lebih baik kita fokus pada apa yang kita boleh kawal” pesan Abg Badr dalam webinar.

Kita tak dapat kawal penangguhan SPM sebab tu semua bukan keputusan kita, tapi kita dapat kawal diri kita untuk kekal jadi pencinta ilmu.

Kalau kita belajar hanya sebab nak exam, nak kejar A, lepas exam mesti kita lupa.

Belajarlah untuk ilmu kerana Allah angkat darjat orang yang berilmu.

Banyak lagi yang Team Ampac kongsikan dalam Virtual Berani Straight A bersama lebih 100 orang pelajar dan kami harapkan segala perkongsian memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih AITAF kerana memberi peluang kepada AMPAC untuk bersama buat kali pertama dan AITAF telah menjadi institut pendidikan pertama yang AMPAC santuni secara maya untuk program Berani Straight A.

Semoga berjaya dalam SPM 2020 yang akan diambil pada tahun 2021.

Jom baca apa respon pelajar yang menyetai Berani Straight A SPM AITAF x AMPAC

2 Jam pun rasa sekejap?

Sempoi je ugut taknak bejanja cikgu lepak. Ni kalau lepak ni siapa belanja siapa?

Ingat. Masuk kelas online pun ambil feel masuk kelas bersemuka
Kalau next program kita buat 4 jam. On x On?
Rasai pengalaman High Impact Learning bersama AMPAC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *