Kongsi Rezeki Untuk Semua

Pernah tak kita berdoa kepada Allah untuk dimurahkan rezeki?

Saya yakin dan percaya, setiap daripada kita pasti pernah berdoa untuk kita sama-sama dimurahkan rezeki.

Dalam surah Ghaafir ayat ke 40 Allah berfirman yang bermaksud “Berdoalah kepadaku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Jadi, dengan sifat Allah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Reziki) pasti Allah akan berikan rezeki kepada kita.

Namun begitu, kita perlu sedar bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit, kekayaan ataupun kemewahan semata-mata.

Anak yang soleh juga rezeki, isteri yang taat juga rezeki, kecukupan segala apa keperluan juga rezeki.

Itu belum kira tubuh badan kita yang Allah pinjamkan untuk kita.

Disertakan dengan nikmat Iman dan Islam yang ada dalam diri kita.

Semua itu adalan rezeki buat kita dan sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang dapat dikongsi bersama manfaatnya kepada ramai orang.

Di Ampac, rezeki untuk kami dipinjamkan kemahiran untuk berkomunikasi dengan fasih.

Jadi, atas rasa tanggungjawab, Ampac bertanggungjawab untuk berkongsi rezeki komunikasi ini bersama-sama.

Memandangkan PKPB sedang berlangsung di negeri Selangor dan beberapa buah negeri lain, jadi Ampac terpanggil untuk memberi.

Kali ini, Ampac akan menganjurkan WEBINAR PERCUMA untuk kanak-kanak dan remaja.

Webinar ini akan berlangsung pada 27 dan 29 November 2020 dan pendaftaran telah dibuka.

Sekiranya tuan puan mempunyai anak-anak berusia 7-17 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk menyertai webinar ini kerana ini mungkin rezeki untuk mereka belajar secara percuma.

Info lanjut berkenaan Webinar Percuma Jom Berani Cakap boleh didapati di pautan berikut :https://bit.ly/PercumaJomBeraniCakap

Diharapkan dengan penganjuran Webinar ini dapat membantu lebih ramai lagi kanak-kanak dan remaja untuk jadi bijak berbicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *