Berani Straight A Kembalikan Motivasi Calon SPM

Umum mengetahui Batch SPM dan peperiksaan besar 2020 diuji dengan penundaan beberapa kali jadual peperiksaan.

Kali pertama peperiksaan yang dijadualkan berlangsung November 2020 ditunda kepada Januari 2021.

Sejajar dengan gelombang ketiga wabak Covid-19, Menteri Kanan (Pendidikan) Yb Dr Mohd Radzi Md Jidin sekali lagi mengumumkan penangguhan peperiksaan utama bermula Mac 2021.

Rata-rata pelajar hilang semangat dan kurang motivasi apabila peperiksaan ini ditangguhkan sekali lagi.

Sistem pembelajaran norma baharu yang menggunakan platform atas talian tanpa kelas bersemuka juga sangat mencabar buat pelajar yang kali pertama mengaplikasikannya.

Atas dasar tanggungjawab untuk terus menyampaikan ilmu serta melahirkan generasi yang cintakan ilmu, Akademi Ampac tampil memberi solusi untuk para pelajar kekal bermotivasi.

Berani Straight A yang dijalankan pada 18 November 2020 telah membantu hampir 30 orang peserta tingkatan 5 yang mencari semula diri mereka untuk kembali bermotivasi.

Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada Jurulatih Ampac atas perkongsian ilmu dalam Virtual Berani Straight A 2020.

“Program tadi betul-betul bagi motivasi kat saya dan dalam program tu juga mengajar saya supaya positif minda. Harap program ni ada lagi untuk calon-calon SPM yang lain” Komen Haiqal Nurhan.

Nuzul Danial pula berterima kasik kepada Ampacoaches dan mendoakan semua jurulatih berjaya dunia dan akhirat.

Virtual Berani Straigh A adalah modul yang dibawa ke sekolah setiap tahun untuk membantu pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar terutama sekali SPM.

“Selalunya kita ke sekolah-sekolah untuk membantu memotivasikan calon SPM tapi dalam norma baharu ini, Ampac akan ke sekolah secara Maya. Alhamdulillah, kejayaan Virtual Berani Straight A Batch pertama hari ini akan menjadi batu loncatan untuk Pasukan Ampac membantu lebih ramai calon SPM” Kata Syaiful Azmi, Pengarah Program Virtual Berani Straight A.

Beliau juga berharap agar dalam kesempatan masa yang ada, Ampac dapat bersiar secara langsung ke sekolah-sekolah yang terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *