Assalamualaikum semua, pertama sekali bersyukur kpd Allah atas kurniaan nikmat kesihatan dan terima kasih kepada Abg Badr atas tunjuk ajar. Di AMPAC, kami sentiasa didedahkan dengan kebaikkan MEMBERI dan sudah pasti kita sudah tahu manfaat MEMBERI ini. Alhamdulillah, tertubuhnya projek ini atas dasar ingin membantu.
AMPACharity di bawah naungan Akademi AMPAC (1029871-W) telah melancarkan PROJEK SEDEKAH JUMAAT. Projek ini memberi sumbangan Kuih Frozen, Jus Buah dan Telur Sepapan kepada Rumah Anak Yatim.
Alhamdulilah sebanyak 12 buah Rumah Anak Yatim telah menerima sumbangan dari Projek Sedekah Jumaat anjuran AMPACharity ini. Seperti kita sedia makum, Pandemik Covid 19 menjejaskan ekonomi beberapa golongan. Jadi jom kita bantu! Kita masih berpeluang untuk memberi sedikit sinar dan harapan kepada mereka.
12 Rumah Anak Yatim yang telah menerima sumbangan:
1. Rumah Bakti Nur Ain, Bangi
2. Rumah Anak Yatim Al-Kausar, Bangi
3. Rumah Anak Yatim Al-Fateh, Bangi Lama
4. Darul Izzah, Teras Jernang
5. Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Kajang
6. Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
7. Pusat Jagaan Anak Yatim Ruqaiyah Sg.Merab
8. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi Selangor, Sg Jelok
9. Pertubuhan Kebajikan Warisan Suci, Desa Pinggiran Putra
10. Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Puchong
11. Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Puchong
12. Pusat Jagaan Qaseh Ibu
Tidak lupa juga, AMPACharity telah sampaikan sumbangan kepada 50 Keluarga Asnaf di kawasan flat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Semoga dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda kepada semua yg memberi sumbangan utk Projek Sedekah Jumaat ini. Jom sama-sama doakan. InsyaAllah, Projek Sedekah Jumaat akan diteruskan pada Jumaat yang akan datang. Doakan Projek Sedekah Jumaat ini dapat memberi impak kepada penyumbang dan golongan yang memerlukan.
Bagi yang berminat untuk menyertai memberi sumbangan boleh lihat maklumat di bawah ini.
Ref : Projek Sedekah
