3 SEBAB KENAPA ANAK SUKA BUAT PERANGAI

“Dedi ni!!! Sikit-sikit kakak salah… Semua yang kakak buat mesti salah… Apa je entah yang kakak buat tak salah!!!”
.
.
Bagaikan satu tusukkan panah di dada bila anak sulungku menangis dengan sebenar-benar tangisan.
.
.
Dalam sendu sedan tu, sempat lagi berkata demikian sebagai luahan hati dan perasaan.
.
.
Aku yang dari tadi memarahinya terus terdiam. Mungkinkah cara aku memarahnya terlampau kasar sehingga hilang rasa kasih dan sayang?
.
.
Atau mungkin memang aku terlampau sibuk memperbetulkan silap anak tanpa sedikitpun meraikan kebaikan yang dilakukan.
.
.
Adakah aku daddy yang gagal?
.
.
Baiklah, di sini saya cuba kongsikan kenapa anak-anak suka buat perangai, buat salah dan ulang kesalahan yang sama.
.
.
.
.
=========
PERTAMA- Anak-anak tak tahu apa yang dia buat tu salah.
.
.
Kita tak boleh samakan pemikiran anak dengan pemikiran kita. Tahap kematangan anak-anak juga berbeza.
.
.
Di mata kita mungkin perkara itu salah dan ternyata salah, tapi di mata anak-anak, mereka dengan perasaan nak tahu dan ingin mencuba, pasti akan mencuba perkara tersebut.
.
.
Selagi tak cuba, selagi tu tak puas hati. Kelak dah dapat padah, baru tahu benda tu salah dan akhirnya baru sedar. Tu pun kalau sedar.
.
.
Jadi, sebagai Mak Abah, kita perlu bagi tahu anak-anak dan anggaplah mereka tak tahu apa-apa dan memang mereka tak tahu apa-apa.
.
.
.
.
=========
KEDUA- Anak-anak tiada pilihan untuk tidak buat salah.
.
.
Seperti yang saya katakan di atas tadi, tahap pemikiran anak tak sama langsung dengan kita.
.
.
Jadi, kalau mereka rasa nak buat sesuatu, mereka pasti akan buat sesuatu itu walaupun perkara itu salah.
.
.
Kalau tak dapat buat, mereka akan menangis, memberontak dan sebagainya.
.
.
Jadi, sebagai Mak Abah, kita perlu sediakan pilihan lain untuk anak-anak tak buat salah.
.
.
Contoh, anak memberontak nak main pisau, nak tolong mak masak kat dapur. Makin dilarang makin liar anak-anak bertindak.
.
.
Jadi, sediakan pilihan lain. Dariada berikan pisau betul, berikan pisau mainan atau mungkin pisau yang kita guna untuk sapu kaya kat roti tu, kan tak tajam dan kurang bahaya.
.
.
Anak nak potong daging? Jangan lah beri anak-anak daging untuk dipotong. Minta tolong anak potong karot ke, kentang ke, sayur ke, lepas anak potong, basuh dan masukkan dalam masakkan.
.
.
Nanti waktu makan, bila dapat sayur bentuk pelik-pelik, dah jadi ceria suasana waktu makan sebab saling tertawa.
.
.
Sediakan pilihan lain untuk anak supaya mereka tak terus buat apa yang salah itu.
.
.
.
.
==========
KETIGA – Itu adalah satu-satu masa dan keadaan yang anak dapat perhatian Mak Abah.
.
.
Tak dapat dinafikan, sekarang ini boleh dikatakan hampir semua Mak Abah ada kerjaya masing-masing.
.
.
Mak yang dahulunya jadi suri rumah pun sekarang mungkin dah terlibat dengan perniagaan atas talian ataupun online.
.
.
Tu tak masuk lagi Mak Abah yang memang serahkan tugas menguruskan anak pada pengasuh ataupun orang gaji.
.
.
Kesannya, anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada Mak Abah mereka.
.
.
Jadi, satu-satunya cara nak dapat perhatian mereka adalah dengan cara buat masalah.
.
.
Bila buat masalah, anak-anak akan kena marah dan mungkin kemarahan itu adalah satu-satunya masa Mak Abah berbicara dengan anak.
.
.
Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada Mak Abah yang terlampau sibuk dengan urusan lain sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.
.
.
.
.
=========
KESIMPULAN- Anak-anak membesar dengan belajar, jadi, dalam pembelajaran tak salah untuk buat salah. Cuma apa yang salah adalah bila anak-anak tak memerbaiki kesalahan mereka.
.
.
Oh ya… Kita sibuk berbicara tentang salah anak sedangkan kita tahu anak itu lahir ibarat kain yang putih bersih. Kita yang mencorak mereka jadi boleh jadi mereka buat salah sebab Mak Abah salah mendidik.
.
.
Ayuh muhasabah dan jom jadi Mak Abah yang terbaik untuk anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *