SURAT DARAGH BUAT LIVERPOOL BERDARAH

daragh

Siapa kenal budak ni? Budak ini adalah punca kekalahan Liverpool 3 kali berturut-turut setelah melalui rekod yang sangat gemilang dan boleh dibanggakan.

.
Pada Akhir Januari 2020, Daragh Curley yang berusia 10 tahun telah menghantar surat kepada Klopp, Pengurus Liverpool untuk meminta beliau membiarkan Liverpool tewas.

.
Daragh yang juga peminat dan penyokong Manchester United pasti gelisah dan panas hati melihat prestasi Liverpool memuncak di saat The Red Devil terkapai-kapai nak menyertai pasukan Top-4.
.
.
Klopp telah membalas surat berkenaan dengan menyatakan bahawa beliau tidak boleh membiarkan Liverpool tewas kerana menjadi tugas beliau membimbing dan menyediakan pasukan Liverpool untuk berjuang dan menang.
.
.
Tahukah anda, selepas dunia mendapat tahu Daragh menghantar surat kepada Klopp, pelbagai reaksi diterima.
.
.
Tapi, kebanyakkan netizen mempersenda tindakkan beliau dan secara tidak langsung memerli Manchester United kerana telah mengecewakan peminat cilik.
.
.
Namun begitu, tahukah anda surat itu umpama sumpahan kepada pasukan Liverpool. Liverpool telah kalah 3 perlawanan berturut-turut iaitu tewas kepada Atletico, Watford dan yang terbaru diaibkan oleh Chelsea.
.
.
Bayangkan, di England kanak-kanak berusia 10 tahun berani untuk menghantar surat kepada Pengurus Bola Sepak tehebat dunia.
.
.
Dalam masa yang sama, anak kita di Malaysia ni macam mana ye?
.
.
Bagaimana dengan keyakinan ataupun self confidence mereka ya?
.
.
Bagaimana pula dengan kemahiran dan skills berkomunikasi mereka ya?
.
.
Saya tak minta pun anak kita hantar surat kepada Coach Tan Cheng Hoe, tapi cukuplah berani untuk angkat tangan dalam kelas.
.
.
Saya tak minta pun anak kita buat sidang media ulas pasal kontigen Malaysia ke sukan Olimpik dengan Menteri Belia dan Sukan yang baru, tapi cukuplah berani buat presentation dalam kelas dengan yakin.
.
.
Bakat, kemahiran dan keyakinan semua ini boleh dibentuk dan dilatih dari usia kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
.
.
Itu yang Team Ampac cuba bantu kanak-kanak dan remaja dengan modul-modul pembangunan yang berkesan.
.
.

Nak tahu apa yang kami buat untuk bantu kanak-kanak dan remaja jadi Bijak Berbicara? Klik je Column Program Kami di atas atau boleh terus menghubungi kami di talian 0132719170.

.

.
Apapun, kita boleh belajar dari Daragh untuk jadi berani menyampaikan pendapat dan idea.
.
.
Orang memilih untuk berdiam diri saat Allah bagi ilham dan idea adalah orang yang kejam. Jadilah seorang yang Bijak Berbicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *