🚫3 PERKARA NI JANGAN BUAT LEPAS DAPAT RESULT SPM🚫

result spm 2020

Sekarang ni mesti Lepasan Spm 2019 cuak kan. Khamis ni result keluar. Kalau korang nampak mereka tengah senyum gelak tawa bagai tu, ketahuilah bahawa itu hanyalah lakonan untuk menyembunyikan kegusaran.

.
Jadi, sebelum adik-adik semua ambil result, admin nak tinggalkan wasiat ataupun pesanan ni supaya korang tak ulang kesilapan batch-batch sebelum ni.

.
3 perkara yang korang tak boleh buat adalah:

.
➡️ JANGAN TANYA RESULT KAWAN‼️

Mungkin kita ni jenis redha dengan result kita, tapi kita tak tahu kawan kita macam mana.

.
Ada satu kes tu, mereka berkawan baik. Tapi bila sorang ni tanya result, yang sorang lagi terus menangis, dan sampai hari ni mereka tak bertegur sapa.

.
Biar rakan-rakan tenang 2-3 hari dulu, baru tanya result ye. Tak payah nak busy body awal-awal ni sebab kita tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita semua.
.
.
.
➡️ JANGAN UP PUSAT TUSYEN SAMPAI LUPA CIKGU SEKOLAH‼️

Ni pun satu perangai dasar tak kenang budi. Geram!!! Hebat macam mana pun pusat tusyen yang kita pergi tu, mereka tak boleh sediakan tempat untuk kita ambil Exam SPM pun.

.
Memanglah kadang cara cikgu tusyen ajar kita lebih faham. Tambah pula kalau personal atau group coaching, memang faham lah ceritanya.

.
Pun begitu, bila dapat result, jangan dilupa cikgu di sekolah. Mereka tetap guru kita.

.
Saya rasa tak perlu saya nak ulas tentang adab berguru, tapi cukup lepas dapat result, jumpa mereka dan ucapkan terima kasih sebab dah ajar kita.

.
Berlaku adil kepada guru sekolah dan guru tusyen.
.
.
.
➡️JANGAN MINTA HADIAH MAHAL‼️

“Papa, saya dah berikan result yang Papa minta, semua subjek lulus. Apa kata Papa belikan saya iPhone 14.”

.
Saya kalau dapat anak macam ni, bukan bagi iPhone, tapi bagi penyepak je. Haha.

.
Result yang kita dapat bukan tiket untuk minta itu dan ini, tetapi result kita adalah kunci untuk terus berbakti.

.
Berbekalkan result kita, kejarlah cita-cita, balaslah jasa mak abah kita.

.
Sebelum kita dapat result cemerlang begini, mak abah dah banyak berkorban untuk pastikan kita mendapat pendidikan sebaiknya.

.
Jadi, tak kejam sekiranya saya katakan anak yang minta hadiah setelah berjaya itu sangat melampau.

.
Tapi andai kata mak abah yang bersungguh nak bagi hadiah, jangan jadi derhaka dan kurang bijak nak tolak, terima je dan ucapkan terima kasih.
.
.
.
✒️ Kesimpulannya, apa juga result kita nanti, bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada Mak Abah serta guru.

.
Sekarang bukan masanya untuk kita bangga dengan result yang baik, apatah lagi nak bersedih dengan result tak seberapa.

.
Kini masanya untuk kita merancang dan merencana untuk perjalanan seterusnya.

.
Bersyukur dengan result sebab Allah dah bagi yang terbaik, teruskan perjuangan untuk jadi yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *