BUAT BAIK TANPA MODAL DENGAN 5S INI

Orang yang terbiasa buat baik akan terbuat baik tanpa sengaja tapi ada juga mereka yang bekira-kira nak buat kebaikan sebab tak ada modal.

.
Di sini saya kongsikan kebaikan yang kita boleh lakukan tanpa mengeluarkan satu sen pun modal.

————————
1- SENYUM
————————

Ini kebaikan yang sangat mudah nak buat. Senyum dan ceriakan wajah walaupun dalam hati gundah.

Tahukah anda, kajian membukitkan senyum ini dia macam virus. Dia boleh berjangkit dari seorang ke seorang yang lain dengan syarat senyum itu mestilah ikhlas dan kena pada tempatnya.

.
Orang yang senyum juga boleh terhindar daripada penyakit. Jadi senyumlah selalu dan sebarkan senyuman kerana senyuman adalah satu bentuk kebaikan yang kita boleh buat tanpa modal.

.
.
.
————————
2- SUSUN
————————

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Jadi apa salahnya kalau kita amalkan SUSUN dalam kehidupan.

.
Tak payah nak fikir perkara-perara susah pun. Cuba susun kasut je depan rumah, office dan sebagainya.

.
Susun cara terbalik supaya orang mudah nak keluar. Waktu orang nak keluar tu, insyaallah mereka akan sangat teruja dan seronok sebab kasun tersusun cantik dan kemas serta mudah dipakai.

.
Mudah kan nak buat kebaikan. Perlu modal ke nak susun kasut tu? Jom amalkan.

.
.

————————
3- SEBARKAN ILMU
————————

Nak sebarkan ilmu ni tak payah fikir kelas, fikir PhD bagai tu. Sebarkanlah dari sekecil-kecil ilmu sekalipun.

.
Yang Mak boleh berkongsi petua di dapur, yang Abah boleh kongsi tips penjagaan kereta, Yang anak boleh kongsi apa yang di baca di laman Sosial.

.
Pokoknya adalah sebarkan ilmu sebab nak sebarkan ilmu ni tak perlukan modal pun. Cakap, tulis atau tampilkan dengan apa cara sekalipun yang penting sampai.

.
.
.
————————
4- SALAM
————————

Secara jujurnya, saya mencemburui semut sebab bab rezeki tu jangn cakap lah, ada je habuan dibawa balik. Tapi yang paling saya cemburu adalah bila mereka bertembung, mereka seolah-olah salam dan berlaga pipi.

.
Sebagai manusia yang sepatutnya jauh lebih mulia dari semut, apa kata kita mencontohi mereka untuk salam dan eratkan silaturahim sesama kita.

.
Bersalamlah dan berukhuwwah lah selagi ada sebab bila kita dah tiada nanti, kita sendiri di alam seterusnya.

.
Salam juga adalah satu bentuk kebaikan tanpa modal jadi bolehlah kita mulakan salam.

.
.
.
————————
5- SANGKA BAIK
————————

Bab ni memanglah percuma tapi dia berat sikit sebab melibatkan hati maka perlu juga berhati-hati.

.
Cabaran menjadi orang baik adalah dia akan anggap semua orang baik macam dia dan dia akan sangka baik dengan semua orang.

.
Jadi salah ke nak sangka baik ni?

.
Tak salah pun cuma kena berhati-hati. Tapi kalau orang tu dah memang kenalan kita, maka apa salahnya kita bersangka baik. Mudah kan?

.
.
.
=======================
Jadi, siapa kata dah kaya, dah senang baru boleh buat kebaikan?

.
Mulalah untuk memudahkan orang dan mudah-mudahan urusan kita juga dipermudah.

.
Buat baik orang sayang
Buat baik Allah sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *