KEMATIAN YANG DICEMBURUI. 3 AMALAN INI BELIAU TAK TINGGAL.

Baru-baru ini , rakyat Malaysia digemparkan dengan pemergian salah seorang penghibur yang namanya sedang melonjak naik iaitu Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.


Saya¬†memang gemar menonton persembahan beliau samaada dalam Pertandingan, Filem mahupun Talkshow. Idea spontan dari beliau juga sering digunakan sebagai ‘modal’ lawak dalam program-program kami.

Masih terngiang-ngiang lagi ucapan “GEMOK is AWESOME” yang membuktikan kejayaan boleh digapai dan dicapai oleh sesiapa sahaja yang berusaha.

.
Secara jujurnya, saya cemburu melihat cara pemergian beliau dipermudahkan. Tak sakit panjang, tak seksa lama-lama, pergi dengan tenang.

.
Bila melihat lebih 2000 orang hadir menguruskan jenazah beliau, terus terlintas di dalam hati, “agak-agak kalau aku mati, ada tak orang nak iring jenazahku ke tanah perkuburan?”

.
Sungguh saya mencemburui cara pemergian beliau.

.
Bila baca-baca tentang Abam, 3 perkara yang saya boleh ambil sebagai pengajaran untuk jadi macam beliau adalah:

1- Jaga Mak. Dalam sebuah temu bual, Abam cakap, dia kerja keras, ceri duit banyak-banyak sebab dia nak jaga Mak dia. Mak Abam tak berapa sihat, jadi Abam lah yang tanggung segala kos rawatan Mak.

Abam juga bina rumah menggunakan duit hasil titik peluhnya dan yang paling menyentuh hati saya adalah bila mana Abam bawa Mak ke tanah suci untuk menunaikan Umrah.

2- Abam suka belanja adik-adik. Katanya, duit kita banyak-banyak ni siapa nak habiskan? Adik beradik lah. utamakan keluarga katanya.

Abam cakap, adik-adik dia kahwin, Abam yang sponsor. ye lah kan, Lebih baik sponsor adik beradik daripada sponsor orang lain.

3- Abam sentiasa buat baik. Tak penah pula dengan Abam ada masalah dengan orang. Yang ada pun Abam melenting bila ada orang mempersoalkan DNA anak beliau. Bab tu kalau saya bukan setakat melenting, tapi memang dah kena pukul tu.

.
Abam sangat baik Bila orang baik tinggalkan kita, kita akan rasakan kehilangan. walaupun kami tak begitu rapat dengan Abam, tapi kematiannya memang dicemburui.

.
Salam takziah buat keluarga beliau dan moga Syurga tempatmu Abam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *